KONSERT EXISTS X ORKESTRA, PASTI AWESOME!

KONSERT EXISTS X ORKESTRA, PASTI AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mungkin masih ada lagi yang merindui mereka terutama buat yang membesar dengan lagu-lagu mereka

Pejam celik, pejam celik rupanya sudah 32 tahun didalam industri muzik. Ini buktinya Exists masih utuh dan kuat sebagai kugiran tempatan yang berkualiti.

Masih menjadi kegemaran pendengar pelbagai generasi sejak salam kenal di tahun 90-an sehingga 2023 menjelma dan masih, Exists sentiasa menjadi kugiran pilihan para penganjur.

KONSERT EXISTS X ORKESTRA

Ia diberi nama Konsert Exists X Orkestra yang mahu diadakan di Megastar Arena Kuala Lumpur pada 22 Disember 2023.

Selaku penganjur, Persatuan Global Malaysia dengan bangganya mahu melengkapkan impian Exists menerusi projek bersejarah yang bakal dilaksanakan pada Disember 2023.

KONSERT EXISTS X ORKESTRA

SEJARAH PERIBADI

Menurut penganjur, Konsert Exists X Orkestra akan menjadi sebuah sejarah peribadi buat kugiran ini. Dianggotai Ajai, Ujang, Musa, Along, Mamat dan Ezad sepanjang pembabitan mereka sebagai pemuzik.

“Sudah tentu Konsert Exists pada kali ini berbeza dengan apa yang pernah dilihat dan dipersembahankan mereka sebelum ini.

‘Sebelum ini Exists bermain sebagai sebuah kugiran. Kali ini buat pertama kali akan menjadi sebahagian daripada sejarah kerana Exists akan bergabung dengan kumpulan Orkestra.

KONSERT EXISTS X ORKESTRA

SELAKU PENGANJUR

“Kami selaku penganjur harus mengucapkan jutaan terima kasih kepada Exists dan Orkestra kerana menyambut baik proposal kami lalu menjadikan ia sebuah kenyataan,”

-ujar Pengarah Program Persatuan Global Malaysia, Mohd Roslan Mohd Rafi.

KEMBARA 32 TAHUN

Di sepanjang kembara 32 tahun ini, Exists sudah merasa bermain di sekecil-kecil pentas funfair dan membawa ke festival-festival muzik.

Sehingga mempamerkan kredibiliti mereka sebagai pemuzik profesional di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas.

KONSERT EXISTS X ORKESTRA

LUAR NEGERI

Itu belum lagi kejayaan yang diraih menerusi beberapa siri konsert dan festival yang membawa Exists bertemu peminat sehingga ke Singapura dan Indonesia.

Baru-baru ini Exists disambut baik oleh peminat Indonesia sewaktu kemunculan mereka di Festival 90’s yang diadakan di Kemayoran, Jakarta.

KONSERT EXISTS X ORKESTRA

Baru-baru ini Exists disambut baik oleh peminat Indonesia sewaktu kemunculan mereka di Festival 90’s yang diadakan di Kemayoran, Jakarta.

Semua pencapaian itu terjadi pada tahun 2023. Namun Exists masih belum mahu menutup portfolio dengan cantik dan kemas.

Tanpa melakukan sebuah persembahan yang disifatkan paling didamba sepanjang 32 tahun berkarya.

MENJADI IMPIAN SELAMA INI

Bergabung ‘permainan’ dengan para pemuzik orkestra yang hebat memang sudah menjadi impian sekian lama.

Namun mereka menunggu waktu yang sesuai untuk menghasilkan sebuah persembahan kolaborasi apa lagi dengan kumpulan pemuzik orkestra.

KONSERT EXISTS X ORKESTRA

“Tanyalah kepada mana-mana band, kugiran atau pemuzik, salah satu impian tentang dunia kami ini adalah melakukan persembahan konsert atau bergabung dengan orkestra.

KOLABORASI DENGAN ORKESTRA

“Kami fikir dengan sudah banyak persembahan skala kecil kepada skala besar, dengan usia 32 tahun Exists, ini adalah masa yang sesuai untuk kami berkolaborasi dengan orkestra.

Exists sendiri tidak sabar untuk mencipta sejarah ini peribadi buat setiap anggota yang sudah berkelana sangat jauh — dari usia remaja sehingga sekarang.

KONSERT EXISTS X ORKESTRA

“Apapun terima kasih yang sebesarnya mahu kami sampaikan kepada peminat.

Tanpa sokongan dan kepercayaan bahawa Exists masih relevan dan perlu terus hidup dalam industri ini, mungkin Exists tidak akan wujud lagi,” ujar Along.

HARGA TIKET

Dengan pengumuman yang dibuat, tolong jangan sampai terlepas untuk menjadi saksi nyata dan sebahagian daripada sejarah.

Bakal berlangsung di Konsert Exists x Orkestra pada 22 Disember 2023 di Megastar Arena Kuala Lumpur.

Tiket-tiket berharga bermula RM 568, RM 468, RM 368, RM 268 dan RM 168

Website Ticket|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge