KONSERT AMAL ROCK HUJUNG BENUA ASIA 2022, APA YANG BEST?

KONSERT AMAL ROCK HUJUNG BENUA ASIA 2022, APA YANG BEST?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada yang ingin menonton konsert rock sambil beramal ini untuk anda.

KONSERT AMAL ROCK HUJUNG BENUA ASIA 2022

Konsert bakal berlangsung pada 24 Disember ini akan diadakan di perkarangan tempat letak kereta Taman Negara Tanjung Piai, Pontian -Johor.

Ini adalah salah satu acara yang telah direncanakan untuk mempromosi Pesta Air Pasang Besar Tanjung Piai, Johor.

PESTA AIR PASANG BESAR TANJUNG PIAI 2022

Konsert ini adalah antara kemuncak acara di dalam Pesta Air Pasang Besar Tanjung Piai 2022 . Selain Malam Irama Johor yang bakal mmepersembahkan pelbagai aktiviti nyanyian dan juga tarian.

Konsert amal ini menerima sokongan daripada Kementerian Pelancongan melalui Tourism Malaysia di bawah inisiatif Pelan Pemulihan Pelancongan 2022.

SIAPA HOS-NYA?

Dihoskan oleh Persatuan Kebajikan Artis-artis Johor Bahru (The Legend)dengan tujuan membantu ahli-ahli persatuan yang sudah tidak aktif berkarya. Dalam masa sama mengumpulkan artis-artis lama dan baru dalam satu konsert.

KONSERT AMAL ROCK HUJUNG BENUA ASIA 2022

Majlis sidang media yang diadakan dihadiri oleh 10 orang artis yang bakal membuat persembahan pada Konsert Amal Rock Hujung Benua Asia.

Mereka adalah Man Kidal, Kumpulan Kristal,Bandi Amuk, Ayai Ilusi, Wom UG14, Pat Candy, Halim Rockers, Ucop Ahmad, Kumpulan O-Two dan Kumpulan DNA Band. 

KONSERT AMAL ROCK HUJUNG BENUA ASIA 2022

Artis-artis ini akan menyampaikan lagu-lagu rock yang pernah dipopularkan oleh mereka dan artis-artis lain di bawah naungan persatuan sebagai tribute kepada mereka.

Dianggarkan sebanyak 30 lagu akan dipersembahkan dalam konsert itu nanti.

KONSERT AMAL ROCK HUJUNG BENUA ASIA 2022

PERTEMBUNGAN GITAR ?

Konsert ini juga akan diserikan dengan pertembungan petikan gitar antara Man Kidal, Rodi Kristal dan Pat Candy yang pastinya akan memukau penonton yang datang mengunjungi Pesta Air Pasang tersebut.

Pihak penganjur telah menyediakan tiket-tiket yang berharga dari RM55 hingga RM200 bergantung kepada pakej-pakej menarik yang boleh dipilih oleh penonton. 

KONSERT AMAL ROCK HUJUNG BENUA ASIA 2022

Tiket-tiket boleh didapati di Ticket2U atau melalui talian hotline konsert 016 3625 786 dan 016 2585 786.

Selain daripada persembahan nyanyian, penonton juga berpeluang memenangi cabutan bertuah yang akan diadakan di sepanjang acara ini berlangsung.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge