KONSERT A NIGHT WITH AINA ABDUL 3.0, APA YANG BEST? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Aina Abdul bukanlah figura yang calang-calang. Senantiasa mencari kelainan tidak kira dalam nyanyian, persembahan mahupun pemakaian.
KONSERT A NIGHT WITH AINA ABDUL 3.0
Kali ini bertempat di perkarangan Starhill KL di Bukit Bintang dibanjiri dengan orang awam berpakaian serba merah.
Antara mereka adalah daripada ahli kelab peminat komposer serta penyanyi serba boleh, Aina Abdul yang dikenali sebagai ‘Aination’.
BUSKING DI BUKIT BINTANG
Aina Abdul membuat persembahan secara ‘busking’ yang merupakan sebahagian dari pelan rangka promosi konsert ‘A Night With Aina Abdul’ 3.0 (‘ANWAA 3.0’) yang bakal berlansung pada 18 November 2023.
LAGU YANG DISAMPAIKAN
Pada persembahan tersebut, Aina Abdul telah menyampaikan sebanyak 3 buah lagu dimulai dengan lagu terbaru beliau ‘Jangan Mati Rasa Itu’ .
Diikuti lagu Inggeris ‘Fool’ dan diakhiri dengan lagu ‘Terus Hidup’ yang telah mengangkat Aina sebagai Juara AJL 37 awal tahun ini.
Kini terus mengorak langkah cemerlang apabila berjaya merealisasikan impian untuk mengadakan konsert solo berskala besar di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
ANJURAN YAYASAN PRIHATIN NASIONAL [PRIHATIN]
Menerusi konsert penuh gilang-gemilang anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) yang turut menyaksikan Aina Abdul Entertainment (AAE) selaku penganjur bersama.
LAGU HITS BAKAL DINYANYIKAN
Aina Abdul bakal mempersembahkan rangkaian 33 buah lagu hits termasuk medley bertemakan gabungan genre moden.
Juga irama klasik yang akan diiringi oleh barisan pemuzik profesional orkestra dan band di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor iaitu Mac Chew.
“Saya amat bersyukur kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan PRIHATIN bagi menganjurkan konsert solo berskala besar di lokasi yang cukup gah seumpama ini.
IMPIAN UNTUK ADAKAN KONSERT SOLO
Sejujurnya, pengalaman membuat persembahan di Axiata Arena sewaktu AJL telah memberikan satu pengalaman memukau dan tidak boleh dilupakan sama sekali.
Sebagai penyanyi, saya tentunya mempunyai impian untuk mengadakan konsert solo di sini. Kepercayaan yang diberikan ini sekaligus meletakkan penanda aras baharu dalam pencapaian rencana seni saya secara peribadi.
TANDA PENGHARGAAN KEPADA PEMINAT
Konsert ‘ANWAA’ 3.0 ini juga merupakan tanda penghargaan kepada peminat setia yang amat saya sayangi.
Khususnya kelab peminat saya AINATIONS yang tidak pernah berhenti menyokong dan menjadi pembakar semangat untuk terus berkarya.
Tanpa mereka, mana mungkin saya dapat bertahan dalam industri yang cukup mencabar ini.
Apa yang pasti, saya akan tampilkan konsep berbeza terutamanya daripada pelbagai aspek secara keseluruhan agar mampu memberi kepuasan yang tiada tolok bandingan kepada para peminat kelak.”
-kongsi Aina Abdul
SOKONG INSIATIF MISI MENGMPUL DANA
Buat julung kalinya juga, kolaborasi strategik terjalin di antara pihak PRIHATIN dan AAE menerusi penganjuran bersama konsert ‘ANWAA’ 3.0.
Kali ini menyokong inisiatif untuk menggerakkan misi mengumpul dana dengan menyalurkan sebahagian daripada hasil jualan tiket kepada Tabung Kasih PRIHATIN.
Khusus bagi kegunaan dan manfaat pendidikan pelajar yang tidak berkemampuan dalam kategori B40 dan asnaf di peringkat institut pengajian tinggi.
MANFAAT BUAT PELAJAR KURANGKAN BEBAN KOS SARA HIDUP
“Penganjuran Konsert ‘ANWAA’ 3.0 ini bakal memberi manfaat buat pelajar di menara gading yang kurang berkemampuan dari golongan asnaf untuk mengurangkan beban kos sara hidup di kampus.
PRIHATIN amat proaktif dalam menjalankan program-program bersifat kebajikan terutama dalam memperkasakan pendidikan negara ke aras yang lebih tinggi di persada dunia.
BERHIBUR SAMBIL BERAMAL
Saya teruja kerana diberi peluang untuk menganjurkan konsert ini yang bukan hanya bersifat komersial semata-mata tetapi turut menekankan konsep ‘Berhibur Sambil Beramal’.
Saya gembira untuk bekerjasama buat kali pertama bersama Aina Abdul untuk sama-sama mencari dana melalui jualan tiket seterusnya menyalurkan sebahagian hasil jualan untuk tujuan kebajikan.
PRIHATIN turut berterima kasih kepada pihak korporat dan orang perseorangan yang membeli tiket korporat sekaligus memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan dalam bidang pendidikan.”
-Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Mohd Aizuddin Ghazali,
SOKONGAN UNTUK A NIGHT WITH AINA ABDUL 3.0
Dalam pada itu, penganjuran konsert ’ANWAA’ 3.0 ini juga disokong oleh Kementerian Komunikasi Dan Digital menerusi MyCreative Ventures.
Serta turut diserikan dengan kehadiran B De Paris selaku Rakan Pengurusan Konsert, ERA & SINAR selaku Radio Rasmi.
Juga GEMPAK selaku Rakan Digital Rasmi dan ticket2u selaku Platform Jualan Tiket Rasmi.
HARGA TIKET
Tiket mula dijual dengan harga RM98 (Silver), RM188 (Gold), RM258 (Platinum), RM288 (VIP), RM388 (VVIP) dan RM488 (MIP) bermula 15 September 2023
Website|