Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
KARI KEPALA IKAN PUNCA KENA SAMAN | Kerana kari kepala ikan puncanya! Betul atau tidak? Percaya atau tidak? Kenalah percaya
KARI KEPALA IKAN
Kalau sebut pasal kari kepala ikan, biasanya akan tertumpu pada restoran mamak. Ataupun mereka yang dari Utara pastinya pandai memasak menu ini. Yang menariknya kerana hidangan ini jugalah punca kena saman sewaktu PKPB.
Sebenarnya saman PKPB ini disebabkan rindu akan kari kepala ikan di D’Warees Resipi. Sebelum ini KP pernah berkongsi tentang warung atau kedai ini yang terletak di kedai bawah pokok Batu 3, Shah Alam. Kini sudah berpindah ke lokasi baru.
D’Warees Resipi Kari Kepala Ikan
Masih lagi mengekalkan menu utama iaitu kari kepala ikan walaupun beroperasi di lokasi baru di Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor. Resipi yang di warisi oleh ibu masing-masing digabungkan mengikut citarasa masyarakat Melayu terutamanya.
Mana taknya jika di ajukan pada orang ramai tentang kari kepala ikan, perkara pertama yang difikirkan ialah restoran mamak. Jadi pasangan Encik Ahmad Tarmizi bin Khalid & Puan Akmalzulaila bt Mohamad memastikan yang kami pun boleh memasak hidangan ini juga.
Kini di Taman TTDI Jaya beroperasi sewal pukul 6.30 pagi dan tutup pada pukul 7.00 malam. Ada juga menu minum pagi seperti roti canai, nasi lemak dan lain-lain selain makan tengahari. Setiap hari dibuka kecuali Jumaat tutup.
Apa Yang Special?
Special -lah rasanya jika dalam sehari boleh mencecah jualan 50-70 ketul kepala ikan yang terdiri daripada pelbagai saiz dan jenis ikan. Antara jenis ikan yang dimasak kari seperti ikan merah, jenahak, kerapu, tenggiri, mayong.
Harga Mahal ke Murah?
Harga sepinggan hidangan bermula dari RM25 sehingga RM 100. Jangan terperanjat ye dimana jam 1 tengahari pun boleh ‘sold out’. Mana taknya dari cerita-cerita pelanggan ada yang seawal jam 1030 pagi beratur ya.
Ada yang berkongsi jika ikan itu tiada matanya, pincanglah rasanya. Jarang yang membelinya. Kerana keenakan dan kesedapan hidangan ini pastinya dari mata itu sendiri. Mana taknya seawal jam 4 pagi dah ke pasar borong untuk memastikan yang bekalan kepala ikan segar diperolehi.
Pecah Rekod
Nak tahu tak pernah pecah rekod di D’Warees Resipi dimana ikan bersize 7 kg dimasak dan dihidangkan menggunakan dulang. Camno tu? Dan pernah juga harga sepinggan hidangan mencecah RM200.
Kenapa Lokasi Baru
Kalau dahulu lokasi-nya memang strategik tetapi agar tidak selesa buat pengunjung. Kalau dulu bila hujan pasti ada yang terkena tempias. Warung kami yang di luar cuma berpayung selain didalamnya pula ruangan kecil. Dari segi parking pula kurang dan sempit. Pernah ada kejadian seperti kemalangan dan di saman.
Ini diantara sebab kenapa berpindah ke lokasi baru ini. Insyallah di sini, tidak perlu risau kerana ruang makan lebih selesa dan mepunyai banyak parking. Tiada lagi kerisauan sewaktu menikmati hidangan di sini.
SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dipatuhi dengan penjarakkan meja , dan bilangan pelanggan mengikut keluasan meja dan kapasiti restoran pada suatu masa.
Lauk-pauk
Jangan risau bukan menu ini saja di hidangkan dimana ada menu lain juga. Lebih dari 30 jenis lauk-pauk untuk di pilih dan rasa, Antaranya kari kambing, kari daging masak lemak nangka, asam pedas, kurma daging, pajeri nenas dan ulam-ulaman.
Onde-onde
di D’Warees Resepi selalu ‘sold out’. Buatan sendiri dan menjadi antara pemintaan pelanggan apabila menikmati atau membawa pulang hidangan di sini.
Selebriti Terkenal
Ha.. Walaupun di warung mahupun restoran baru , kesedapan D’Warees Resepi kari kepala ikan turut menggamit kehadiran selebriti terkenal tanah air. Antaranya Datuk Jamal Abdillah dan Zizan Razak. Pernah sekali Ibu Wan Maimunah dari Johor singgah di sini untuk menikmati hidangan kari kepala ikan saja.
Bukan setakat selebriti yang datang, tetapi pernah juga menjadi restoran pilihan Jalan-Jalan Cari Makan dan muncul dalam program TV tentang keenakan D’Warees Resepi kari kepala ikan.
Ramadan Bakal Tiba
Untuk Ramadan bakal tiba jangan risau, restoran akan beroperasi seperti biasa. Peminat tegar boleh menjamu selera di restoran mahupun membawa pulang. Alhamdulilah, boleh juga membuat tempahan melalui secara dalam talian(online).
Untuk informasi lanjut boleh layari di