KENZ Produk Bukan Setakat Skincare dan Kosmetik Ya!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

KENZ Produk Bukan Setakat Skincare dan Kosmetik~ Siapa sahaja yang tidak suka pada kecantikan terutama sekali buat wanita di luar sana? Ada yang berkata, rakan baik wanita selain dari barang kemas adalah kecantikan. Betul ke? Tapi rasanya bukan sahaja wanita , ada juga lelaki diluar sana amat menitik beratkan tentang kecantikan atau penjagaan diri.

KENZ Produk
Antara produk yang terbaru di pasaran sejak Mac 2020. Walaupun PKP, alhamdulilah penjualan KENZ produk mendapat sambutan yang menggalakkan . Produk ini di formulasi dari bahan-bahan semulaadi. Jika bertanya ada ke kelulusan dari KKM? Semestinya ada dimana ini diantara perkara utama yang di siapkan dahulu sebelum dipasarkan.
Kelly Azman. Bukan nama baru di kalangan bidang hiburan. Kerana minatnya yang mendalam dalam dunia kecantikan dan mendapat sokongan dari kawan-kawan rapat, tercipta KENZ produk ini. Setiap produk yang dihasilkan amat teliti dan terperinci.
Kenapa KENZ ?
Asalnya ingin menamakan KING iaitu Raja. Apabila menyedari terlalu banyak jenama yang menggunakan nama KING, tercetusnya idea baru. Menggunakan sebutan yang sama tetapi ejaan yang berlainan iaitu KENZ. [sebutan masih KINGS].  Setakat ini baru 5 produk dikeluarkan iaitu skin care dan juga kosmetik. Antara produk yang ada ialah
Skincare (Penjagaan Diri)
  • Facial foam
  • Serum
Kosmetik
  • Mineral Compact Powder
  • Eyeliner
  • Magic Lip Balm
KENZ Face Oil Serum

Bunga matahari antara bahan semulajadi yang ada didalamnya. Mampu merawat jerawat dan jeragat ye. Membezakan serum ini dari yang lain ialah aromanya. Ia berbau bunga-bungaan yang boleh dijadikan terapi ya.

Jika ingin menggunakan pada muka, cuma 2 titis sahaja ye. Sapu pada muka dan rasakan kelainan iaitu kulit muka menjadi lembut. Tiada istilah melekit tau sebab ia meresap didalam kulit dengan cepat.

KENZ Facial Foam

Sama seperti facial foam diluar, ianya boleh digunakan oleh lelaki atau perempuan. Dibuat dari bahan-bahan semulajadi. Menjadikan ia lain dari yang lain adalah ia mengandungi anti-septik dimana ia dapat membunuh kuman pada yang sama.

KENZ Lip Balm

Lip balm digunakan dibibir. Kebiasannya di gunakan untuk melembapkan bibir yang kering. Kebaikan 3 dalam 1 seperti melembap. mencantikkan bibir dan anti septik antara sebab patut di miliki. Dapat bertahan selama 8 jam apabila digunakan.

Warna lipbalm ini akan berubah mengikut warna darah si pengguna. Bibir lebih nampak seksi hanya dengan sekali penggunaan sahaja.

KENZ Liquid Eyeliner

Mesra wuduk dan kalis air. Mudah dan senang untuk dipakai di bahagian mata. Jika anda seorang yang sibuk dalam karier mungkin boleh beralih kepada produk ini.
KENZ Compact Powder

Muka anda berminyak, bolehlah cuba menggunakan compact powder ini. Saiz yang comel , mudah di bawa kemana saja terutama sewaktu ‘travel’. Yang penting dapat tutup pori-pori di muka dan tahan selama 8 jam.

Kalau nak beli hubungi Cik Erina di talian 019-7794794 atau DM di https://www.instagram.com/kenzproduct/



2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge