Legenda saksofon dunia Kenny G kembali ke Malaysia menerusi “King of Saxophone” World Tour 2026 di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 12 Julai ini.
KENNY G LIVE IN MALAYSIA
Peminat muzik jazz dan instrumental tanah air bakal disajikan dengan sebuah malam penuh magis apabila legenda saksofon dunia, Kenny G, kembali ke Malaysia menerusi konsert eksklusif “King of Saxophone” Kenny G 2026 World Tour in Malaysia.

ARENA OF STARS , GENTING HIGHLAND
Persembahan yang dinanti-nantikan ini bakal berlangsung pada 12 Julai 2026 di Arena of Stars, jam 6 petang, hasil penganjuran Everbeat Entertainment dengan kerjasama CEOMAN Entertainment.
Selepas sekian lama tidak tampil di Malaysia, kepulangan Kenny G dilihat sebagai antara konsert instrumental paling dinanti peminat muzik antarabangsa tahun ini, khususnya buat mereka yang membesar dengan karya-karya ikonik beliau seperti Songbird, Forever in Love dan Silhouette.
LEGENDA JAZZ
Sepanjang lebih empat dekad dalam industri muzik, Kenny G terus dikenali sebagai antara pemuzik instrumental paling berjaya dan berpengaruh di dunia.

LEBIH 75 JUTA ALBUM DI JUAL
Dengan jualan melebihi 75 juta album studio di seluruh dunia, beliau bukan sahaja mengangkat muzik jazz instrumental ke tahap global, malah berjaya menjadikan alunan saksofon sebagai simbol muzik romantik yang dekat di hati peminat pelbagai generasi.
Selain memenangi Grammy Awards, Kenny G turut mencipta rekod dunia menerusi note E-flat berterusan selama hampir 46 minit — satu pencapaian luar biasa dalam dunia muzik instrumental.
Beliau juga pernah bekerjasama dengan ramai artis antarabangsa terkenal termasuk Celine Dion, Andrea Bocelli, Andy Lau, Kanye West, The Weeknd serta Charlie Puth.
KONSERT PENUH NOSTALGIA, ROMANTIK & MAGIS
Konsert kali ini dijangka membawa pengalaman persembahan secara langsung yang cukup eksklusif dengan gabungan susunan muzik elegan, produksi pentas bertaraf antarabangsa dan melodi menyentuh jiwa yang menjadi identiti Kenny G sejak sekian lama.
Setiap persembahan bakal membawa penonton menyelami suasana penuh emosi dan nostalgia, menjadikan malam tersebut antara pengalaman muzik paling romantik tahun ini.

MAGIS INSTRUMENTAL
Dengan aura persembahan yang tenang namun memukau, Kenny G terus membuktikan bahawa muzik instrumental masih mempunyai tempat istimewa dalam hati pencinta muzik global.
HARGA TIKET
Tiket rasmi “King of Saxophone” Kenny G 2026 World Tour in Malaysia kini boleh didapati menerusi MAISEAT dan Resorts World Genting. Harga tiket adalah seperti berikut:
✔ VIP – RM668
✔ PS1 – RM558
✔ PS2 – RM458
✔ PS3 – RM358
✔ PS4 – RM258

Untuk perkembangan terkini dan maklumat lanjut mengenai konsert ini, peminat boleh mengikuti Everbeat Entertainment serta Instagram rasmi @everbeat_entertainment.
Dengan reputasi sebagai “King of Saxophone”, kemunculan semula Kenny G di Malaysia dijangka menjadi antara konsert jazz antarabangsa paling eksklusif dan romantik yang wajib disaksikan peminat muzik tahun ini.
