Prihatin terhadap cabaran ekonomi semasa, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), rangkaian peruncit dan pemborong halal terbesar tempatan iaitu Kempen Plihan Raya Mydin
KEMPEN PILIHAN RAYA MYDIN
Baru-baru ini telah dilancarkan Kempen Pilihan Raya MYDIN 2025 dengan tema “Pilihan Rakyat, Harga Rakyat”. Kempen unik ini menawarkan pelbagai ganjaran menarik dan diskaun hebat, termasuk promosi seperti “Janji PWP Ditepati” dan “Manifesto Ahli Meriah”.


Bukan promosi atau tawaran tetapi juga ada manifesto seperti mana pilihan raya yang sebenarnya di adakan di luar . Untuk promosi kali ini nilai keseluruhan mencecah RM6.8 juta kepada rakyat Malaysia.

MENGUNDI JENAMA KEGEMARAN
Istimewanya, pelanggan MYDIN berpeluang “mengundi” jenama kegemaran mereka dalam suasana seakan pilihan raya sebenar. Sebanyak 26 kerusi Parlimen dan 85 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan. Undian boleh dilakukan melalui aplikasi MYDIN Rewards, di mana jenama yang meraih undian tertinggi akan bergelar YB (Yang Berharga).

CARA UNDIAN
Mekanisme undian kempen ini sangat mudah iaitu bermula 24 Julai hingga 31 Ogos 2025, setiap pembelian satu unit produk daripada jenama yang mengambil bahagian di mana-mana cawangan MYDIN akan dikira sebagai satu undi secara fizikal. Manakala dari 1 hingga 16 September 2025, pelanggan boleh mengundi secara dalam talian melalui aplikasi MYDIN Rewards.

TIGA INISIATIF YANG PERLU TAHU
Bagi memeriahkan lagi kempen, MYDIN turut memperkenalkan tiga inisiatif utama:
GANJARAN RAKYAT
Pelanggan yang mengundi melalui aplikasi MYDIN Rewards Dari 1 hingga 16 September 2025 berpeluang menerima baucar dan pulangan tunai melebihi RM400,000

CASHBACK RAKYAT
Wow ada cashback! Mulai 25 Julai hingga 5 Oktober 2025, pelanggan yang berbelanja menggunakan e-dompet terpilih seperti Atome, Boost, MCash, SPayLater, Shopback dan Setel ada berita baik. Bakal menikmati diskaun dan pulangan tunai sehingga RM300,000 di semua pasar raya MYDIN

REZEKI RAKYAT
Pelanggan yang mengundi produk pilihan mereka turut berpeluang menikmati promosi eksklusif dan diskaun bernilai sehingga RM1.68 juta. Termasuk penyertaan peraduan bersama jenama yang bertanding serta permainan Cash Out menerusi MYDIN Pay

KEPUTUSAN KEMPEN
Kempen Pilihan Raya MYDIN 2025 akan berlangsung dari 24 Julai hingga 6 Oktober 2025 di semua cawangan MYDIN di seluruh negara, termasuk platform dalam talian MYDIN. Keputusan Pilihan Raya MYDIN akan diumumkan pada 18 September 2025.
Website |
