Tahniah buat team Nestlé Malaysia UNTUK pelancaran kempen MILO® Tenaga Untuk Kebaikan.
KEMPEN MILO® TENAGA UNTUK KEBAIKAN
Nestlé Malaysia telah melancarkan kempen MILO® Tenaga Untuk Kebaikan hari ini di SK Durian Burung, Kuala Terengganu. Kempen ini merupakan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan pengalaman sekolah dan pembelajaran kanak-kanak.
INISIATIF KEMPEN
Inisiatif kempen MILO® Tenaga Untuk Kebaikan, dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), akan menyumbangkan sekolah-sekolah dengan perabot dan peralatan sukan yang diperbuat daripada bahan kitar semula.
PROJEK CARETON
Melalui ekosistem Projek CAREton, sisa kotak minuman terpakai dikumpul dan dikitar semula sebagai perabot sekolah dan peralatan sukan yang tahan lama dan mesra alam.
Sebagai permulaan, inisiatif ini akan dilaksanakan di empat buah sekolah di Pantai Timur dan seterusnya diperluaskan secara berperingkat ke seluruh Malaysia. Nestlé juga akan menyumbang peralatan komputer yang turut membantu meningkatkan pengalaman pembelajaran di sekolah-sekolah yang terlibat.
KESINAMBUNGAN KERJASAMA DENGAN TETRA PAK MALAYSIA
Pelancaran kempen MILO® Tenaga Untuk Kebaikan merupakan kesinambungan daripada kerjasama jangka panjang Projek CAREton bersama Tetra Pak Malaysia.
JADI BAHAN POLYAI
Projek ini bertujuan untuk mengumpul semula kotak minuman terpakai dan mengitar semula menjadi bahan PolyAl yang dapat digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk bahan pembinaan ringan dan perabot mesra alam.
Sejak tahun 2012, lebih daripada 5,400 tan kotak minuman terpakai (setara dengan lebih daripada 420 juta kotak minuman terpakai) telah dikumpul dari lebih 1,000 pusat pengumpulan di seluruh negara. Antaranya termasuklah 600 buah sekolah, dan dimasukkan ke dalam sistem kitar semula syarikat.
HASIL DARI USAHA KITAR SEMULA
Melalui inisiatif ini, murid dan rakyat Malaysia dapat menghayati hasil dari usaha kitar semula yang berterusan. Di sekolah, mereka akan memperolehi meja, kerusi, dan peralatan sukan yang diperbuat daripada bahan kitar semula berasaskan PolyAl bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat serta menyokong perkembangan murid.
KITAR SEMULA CARETON UNTUK MURID-MURID
“Sebagai pendidik, kami bermatlamat untuk mewujudkan persekitaran di mana murid-murid dapat berkembang secara fizikal dan mental. Kami sentiasa mencari cara yang mampan untuk mengekalkan dan meningkatkan kemudahan sekolah. Dengan menggunakan bahan polyAl, kami dapat memanjangkan jangka hayat infrastruktur dan kemudahan sukan kami untuk memastikan ketahanannya”.
PUPUK TABIAT KITAR SEMULA
“Dengan penambahan tong kitar semula CAREton yang khusus di sekolah kami, murid-murid juga berpeluang untuk membawa kotak minuman MILO terpakai mereka dari rumah dan memupuk tabiat kitar semula harian.
Mereka dapat mangalami sendiri bagaimana usaha mereka menyumbang kepada perubahan positif dalam persekitaran sekolah.
Projek ini bukan sahaja mengajarkan kepentingan kelestarian, malah apa yang dipelajari akan menjadi kemahiran sepanjang hayat dan mendorong tindakan individu yang dapat membawa kesan penambahbaikan yang berkekalan.”
-Rashidi bin Abdullah @ Muhamad, Guru Besar SK Durian Burung.
KOMITMEN UNTUK KOMUNITI
“MILO® Tenaga Untuk Kebaikan mencerminkan komitmen kami terhadap kelestarian dan sokongan kepada komuniti. Selama 12 tahun, kami telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dan perubahan positif melalui Projek CAREton, berkat usaha bersama rakan kongsi kami, Tetra Pak, dan ahli komuniti.
Dengan pelancaran kempen MILO® Tenaga Untuk Kebaikan, kami dengan bangganya bergabung tenaga dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan AFN Sports untuk memberikan sokongan kepada sekolah-sekolah yang memerlukan.”
-Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia Berhad, mengungkapkan rasa puas hatinya dengan membawa MILO® Tenaga Untuk Kebaikan ke Terengganu.
PRIHATIN TERHADAP PERSEKITARAN BERSIH & MESRA ALAM!
Kempen MILO® Tenaga Untuk Kebaikan menunjukkan bagaimana keprihatinan terhadap tanggungjawab dapat menggalakkan pemahaman yang lebih mendalam tentang kelestarian. Terinspirasi oleh impak nyata daripada usaha mereka, seperti persekitaran yang lebih bersih dan penggunaan bahan mesra alam, murid-murid terus terlibat secara aktif.
Ini menghasilkan kesan yang meluas dan memberi manfaat kepada komuniti dan alam sekitar, kerana keterlibatan mereka menyebarkan kesedaran dan menggalakkan orang lain untuk turut serta dalam usaha ini.
Berikutan pelancaran program perintis di Terengganu hari ini, Nestlé Malaysia berhasrat untuk memperluaskan program ini dengan melibatkan lebih banyak sekolah sepanjang tahun 2025 dan seterusnya.