K-Tech Patch: Inovasi Hijau Malaysia Bakal Merevolusikan Industri Automotif Global. Tahniah Syarikat teknologi tempatan, Qiang Long Sdn Bhd, telah mencatatkan sejarah baharu dalam industri automotif Malaysia.
K-TECH PATCH
Produk inovasi terbaru iaitu K-Tech Patch dimana produk dibangukan sepenuhnya di Malaysia. Dikatakan produk ini bukan sahaja menjanjikan pengurangan pelepasan karbon sehingga 40%, malah mampu mengurangkan penggunaan bahan api kenderaan sehingga 15%.

NANO-TERAHERTZ
K-Tech Patch dihasilkan berasaskan teknologi terkemuka dunia yang dipatenkan di Malaysia, iaitu teknologi Nano-Terahertz. Teknologi ini yang menawarkan penggunaan minyak yang lebih cekap, meningkatkan prestasi enjin, mengurangkan pelepasan karbon, dengan manfaat jimat kos.
Hal ini memberikan kelebihan kompetitif dalam sektor automotif tempatan yang berkembang pesat, di mana kelestarian dan kecekapan menjadi penanda aras bagi pengguna untuk membuat pilihan.
TERIMA PENGIKTIRAFAN
Untuk pengetahuan telah menerima pengiktirafan antarabangsa melalui pensijilan dari badan-badan bertauliah. Termasuk Technical Inspection Association of Europe (TÜV NORD), Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM), dan Agensi Nuklear Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).


PELAN HALA TUJU PERALIHAN TENAGA NEGARA
Inovasi ini hadir pada masa yang tepat ketika Malaysia mencatatkan kedudukan ke-38 daripada 134 negara dalam indeks kualiti udara terburuk pada tahun 2023, meningkat dari kedudukan ke-50 pada tahun 2019. Produk ini menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) negara yang mensasarkan pelepasan sifar bersih menjelang 2050.


K-Tech Patch adalah penyelesaian berimpak tinggi dengan kos rendah bagi pengguna dan pasaran. Kelebihan yang terbukti dalam penjimatan minyak dan pengurangan kos hidup serta operasi harian, K-Tech Patch dijangka menjadi produk permintaan tinggi di pasaran dunia.
BAKAL DILANCARKAN PADA 2025?
Produk K-Tech Patch akan berada di pasaran pada Mac 2025 dan setiap pembelian disertakan dengan jaminan selama lima tahun dan perkhidmatan pemasangan percuma melalui panel rasmi syarikat. Harga promosi boleh didapati seperti berikut
Motosikal bawah 500cc – RM149
Kenderaan bawah 2,000cc – RM398
Kenderaan atas 2,000cc – RM498

KERJASAMA PERTAMA
Selain itu, menyedari perubahan tingkah laku pengguna pasca-pandemik, Qiang Long turut memperkenalkan skim kerjasama pertama seumpamanya dengan menjalin hubungan strategik bersama pempengaruh tempatan untuk meningkatkan jualan. Inisiatif ini dapat mengeratkan lagi hubungan pembeli dan penjual melalui platform e-dagang.

QIANG LONG
“Qiang Long mengalu-alukan peluang untuk mengetengahkan K-tech Patch ke luar negara agar ianya dapat menjana penerokaan pasaran baru, kerjasama serantau, serta peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan,”

“Kami menyasarkan untuk mencapai sejuta pengguna tempatan menjelang 2025, dan meningkat kepada dua juta pada 2026. Dari segi pasaran global pula, kami mensasarkan lima juta pengguna pada 2025 dan lapan juta menjelang 2026,”
-ujar YBHG Encik Eric Chiwe, Presiden Qiang Long.
Dengan sokongan teknologi canggih dan pensijilan antarabangsa, K-Tech Patch meletakkan Malaysia di barisan hadapan dalam inovasi teknologi hijau automotif global, sekaligus memperkukuhkan kedudukan negara sebagai hab teknologi mesra alam di rantau ini.
