Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Dr Jessie telah menerbitkan tujuh buah album lain, antaranya Home, Loving You, Message of Love from the Moon, Love in You, I Just Fall in Love Again, dan Tearless Sky. Lagu single beliau Love in telah dipilih sebagai lagu tema untuk siri TV Korea My Secret Garden di Taiwan. Album terakhir Jessie Chung telah melonjak naik ke tempat ke-4 dalam I Radio Top Hits Chart dan tempat ke-6 Pop Radio Top Ten Music Chart dalam masa dua minggu sahaja selepas diterbitkan di Taiwan. ‘

Pengurus artis Dr Jessie di Australia, Jonathan Timm berkata, “Sebagai pengurus artis, saya merasa bertuah dapat bekerja dengan Jessie dan memperkenalkan beliau ke pasaran Australia. Saya telah mendengar tiga buah lagu daripada album ini dan saya amat sukakannya. Apa yang membezakan lagu-lagu ini adalah semunya merupakan lagu-lagu besar yang boleh dinyanyikan di tempat yang besar seperti di stadium. Lagu-lagu ini ibarat lagu antem yang menarik minat penonton untuk dinyanyikan bersama. Video muziknya pula sungguh hebat. Penampilan video sangat kemas dan menarik, dan Jessie pula kelihatan cantik. Saya pasti para peminat akan teruja menyaksikannya.”
Encik Darren Choy, Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura berkata, “Warner Music merupakan salah sebuah penerbit muzik terkemuka dunia dan kami mewakili para artis yang paling terkenal di Malaysia. Kami bangga menjadi rakan pengedaran Dr Jessie Chung untuk album bahasa Cina terakhir beliau, “Tearless Sky”, dan kini sekali lagi untuk EP beliau “There You Are”
Penerbit Andy memuji suara emas dan teknik vokal Jessie semasa rakaman dibuat yang melebihi jangkaan penerbit yang hebat ini. Beliau sangat gembira dapat bekerja dengan penyanyi kelahiran Sarawak ini. Semasa rakaman, Jessie dengan mudah dapat memenuhi semua permintaan Andy. Tona, pic dan emosi Jessie cukup sempurna dan enak didengar. Apa yang membuatkan Andy terkejut adalah walaupun Jessie tidak menggunakan bahasa Inggeris sejak kecil, beliau telah dapat menjiwai seni kata dengan penuh bermakna sehinggakan mendapat pujian semasa sesi rakaman.
“Sukacita saya maklumkan bahawa EP ini akan disediakan untuk platform digital termasuk iTunes, KK Box, Spotify, Deezer dan Joox mulai 2 September 2016. Kami harap anda dapat menikmati lagu-lagu yang disajikan.” “There You Are” boleh dibeli secara digital melalui iTunes & KK Box, dan akan dijual secara fizikal di semua cawangan NHF di seluruh negara.
Jadi jangan lupa dapatkan koleksi album Jessie Chung sekarang





