JELLY BELLY – BINTANG TIKTOK KELUAR SINGLE ‘ASMARA’, BEST!| Jika anda antara pengguna aplikasi TikTok pasti akan kenal dengan figura ini. Di antara konten-konten yang biasa dilihat adalah sifat suka tolong-menolong sesama manusia

JELLY BELLY

Inilah dia bintang TikTok popular, bersifat dermawan dan sering berperwatakan ‘happy-go-lucky’, Jelly Belly.

Muncul dengan single sulung berjudul ‘ASMARA’ ciptaan komposer terkenal dan berpengalaman, Sharon Paul, dan diterbitkan oleh Bertuah Business.

JELLY BELLY - BINTANG TIKTOK

SINGLE SENDIRI – ASMARA

“Alhamdulillah, ibarat mimpi menjadi kenyataan apabila akhirnya saya mempunyai single sendiri. Tiada yang mustahil jika kita betul-betul mempunyai impian dan bekerja keras demi mencapainya,”

-kongsi pemilik nama sebenar, Abdul Jalil Ikram A. Hamid, 33.

CERITA SINGLE ASMARA

Single berona galau dalam nuansa balada pop ini menceritakan tentang perasaan cinta yang mendalam terhadap seseorang yang dikasihinya tetapi kekasih hatinya telah pun berubah hati.

Namun masih lagi mengharapkan kasih tersebut berulang kembali.

SUARA SEAKAN CAKRA KHAN

Jikalau pendengar semua amati, bait liriknya sangat meruntun jiwa hati seorang kekasih yang meronta-ronta meminta untuk kembali.

Ditambah pula dengan kelunakan suara Jelly Belly yang ‘serak-serak basah’ seakan-akan penyanyi terkenal Indonesia, Chakra Khan.

JELLY BELLY - BINTANG TIKTOK

LEBIH DIKENALI DI TIKTOK

Di kalangan pengguna TikTok, nama Jelly Belly bukanlah sesuatu yang asing.

Sering memuat naik konten-konten berupa kemanusiaan dengan berkongsi rezeki bersama peniaga-peniaga kecil dan menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan.

BERKONGSI REZEKI

“Saya hanya mahu berkongsi rezeki kerana ramai di luar sana yang memerlukan pertolongan, walaupun tidak banyak namun sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka.

Semoga menjadi teladan serta inspirasi buat mereka di luar sana agar sifat yang murni ini menjadi ikutan,”

-kata Jelly Belly.

JELLY BELLY - BINTANG TIKTOK

MENYANYI DARI TAHUN 2018

Selain bersifat dermawan, sebenarnya mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyanyian, banyak pertandingan nyanyian yang telah disertainya dan memenangi tempat pertama.

Perjalanan seninya bermula ketika menyertai pertandingan pencarian bakat Asia’s Got Talent 2018 mewakili Malaysia.

Kini, mengorak setapak lagi sebagai seorang penyanyi profesional dengan terlahirnya single ASMARA ini.

Moga kerja-kerja kebajikan yang dilakukannya semakin berkembang, dan lebih banyak lagi pertolongan yang akan dihulurkan

“Semoga single ini dapat membuktikan bahawa Jelly Belly bukanlah hanya seorang ‘content creator’ semata-mata.

Tetapi mampu juga menyanyi dengan baik. Saya berharap agar lagu ASMARA dapat diterima ramai dan nantikan karya-karya saya yang seterusnya.

Credit Pictures : MaestroMediaMy

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge