JANDANYER YEAH YEAH, SINGLE TERBARU CAT FARISH!

CAT FARISH muncul dengan alter ego ‘Si Penghulu’ dalam single terbarunya – Jandanyer Yeah Yeah!

JANDANYER YEAH YEAH

Penyanyi, penulis lagu dan ikon hip hop tanah air, Cat Farish, kini tampil dengan wajah baharu melalui alter ego yang diberi nama Si Penghulu. Di bawah persona ini, beliau mempersembahkan single sulung berjudul Jandanyer Yeah Yeah.

Jandanyer Yeah Yeah

DITULIS OLEH CAT FARISH

Sebuah karya unik yang menggabungkan elemen hip hop, afrobeat dan identiti bahasa serta budaya
rakyat Perak. Ditulis oleh Cat Farish bersama Illegal, dan dirakam di Platinum Studio, Damansara Perdana.
Lagu ini adalah terbitan bersama dan edaran Luncai Emas Sdn Bhd serta hakcipta lagu dan lirik adalah juga di bawah Luncai Emas Sdn Bhd.

LAGU UNTUK SEMUA JANDA YANG BANGKIT

“Jandanya Yeah Yeah” bukan sekadar lagu hiburan. Ia adalah penghormatan buat semua wanita bergelar janda yang bangkit dengan penuh keyakinan dan semangat memperbaiki diri. Dalam nada bersahaja dan jenaka berlapik, Si Penghulu menyampaikan kisah tentang janda yang menjadi rebutan kembali. Bukan kerana rupa, tapi kerana keazaman dan keanggunan selepas perpisahan

“Lagu ni untuk beri semangat pada janda-janda kat luar sana. Yang bangkit, bersiap, dan buat lelaki menyesal tinggalkan dia,”

-ujar Cat Farish.

PERSONA ‘SI PENGHULU’ – HIP HOP BERTEMU RAKYAT

Watak Si Penghulu lahir ketika sesi kolaborasi lagu “Ok” ciptaan Malique, dan sejak itudikembangkan sebagai wadah untuk Cat Farish menyalurkan karya hip hop dengan unsur bahasa dan budaya tempatan.

LENGGOK LOGHAT PERAK

Dengan lenggok loghat Perak dan gaya penyampaian rakyat moden, Si Penghulu tampil sebagai suara masyarakat dalam gaya yang segar dan bersahaja. Lagu ini turut mendapat sokongan dan semangat daripada isteri beliau, Shikin Maembong, yang menjadi inspirasi di sebalik pembikinan dan perjalanan kreatif projek ini.

PERJALANAN PANJANG, IDEA MATANG

Walaupun proses rakaman selesai baru-baru ini, konsep dan idea lagu ini telah mengambil masa lebih dua tahun untuk dimuktamadkan. “Lagu dah ada lama, tapi lirik dan penyampaian tu yang ambil masa nak ‘kena’,”

-jelas Cat Farish.

Dengan pelancaran ini, Si Penghulu menjadi figura hip hoper Kampung Sri Kintadi bawah naungan Luncai Emas, membuka lembaran baharu untuk genre rakyat urban dalam industri muzik tempatan.

Single “Jandanyer Yeah Yeah” akan rilis pada 22 Ogos 2025 ini di semua digital rasmi serta Youtube Luncai Emas. Diharapkan penerbitan single terbaru oleh Si Penghulu A.K.A Cat Farish & Syikin Maembong diterima dan mendapat perhatian dari pendengar-pendengar dan para media di luar sana.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge