JAKEL FENOMENA RAYA 2026: PERTUNJUKAN FESYEN RAYA PERTAMA!

Jakel mencipta sejarah apabila menganjurkan pertunjukan fesyen Raya berskala besar buat pertama kali dalam 40 tahun, menampilkan koleksi Raya 2026 dan kolaborasi Fazura untuk Jakel Fenomena Raya 2026.

JAKEL FENOMENA RAYA 2026

Jenama fesyen dan tekstil terkemuka negara, Jakel, mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali dalam tempoh lebih 40 tahun penubuhannya, menganjurkan sebuah pertunjukan fesyen berskala besar menerusi acara eksklusif Jakel Fenomena Raya 2026.

JAKEL FENOMENA RAYA 2026

KOLEKSI RAYA JAKEL 2026

Pertunjukan ini menjadi platform utama bagi memperkenalkan koleksi Raya Jakel 2026, sekali gus menandakan transformasi baharu jenama tersebut dalam meraikan fesyen Raya dengan pendekatan yang lebih segar, moden dan berimpak tinggi.

TRANSFORMASI BARU FESYEN RAYA JAKEL

Penganjuran Jakel Fenomena Raya 2026 merupakan satu detik bersejarah buat syarikat itu.

“Selepas lebih 40 tahun Jakel berada dalam industri, ini adalah pertama kali kami menganjurkan pertunjukan fesyen berskala besar. Jakel Fenomena Raya 2026 bukan sekadar memperkenalkan koleksi baharu, tetapi menjadi simbol evolusi dan aspirasi kami dalam mengangkat fesyen Raya ke tahap yang lebih tinggi,”

-Menurut Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Pemasaran & Promosi Jakel Trading Sdn Bhd, Muzaffar Jakel.

KOLABORASI EKSKLUSIF BERSAMA FAZURA

Lebih mencuri tumpuan, Jakel Fenomena Raya 2026 turut menampilkan kolaborasi eksklusif bersama bintang tersohor Fazura, yang menjadi antara sorotan utama acara berkenaan.

JAKEL FENOMENA RAYA 2026

JUGA DUTA JAKEL 2026

Kolaborasi ini bukan sekadar pelantikan sebagai duta, sebaliknya merupakan kerjasama khas eksklusif bagi koleksi Raya 2026, sekali gus mencetuskan fenomena serta keterujaan dalam kalangan peminat dan pemerhati industri fesyen.

fazura & fatima in the house #FazuraXJakel

“Kolaborasi bersama Fazura ini dijangka mampu mencipta impak besar dan mencetuskan fenomena tersendiri. Ia selari dengan matlamat kami untuk memastikan Jakel Fenomena Raya 2026 mendapat perhatian meluas, khususnya dalam kalangan media digital dan e-media,”

-jelas Muzaffar.

BARISAN DUTA & SELEBRITI MERIAHKAN PENTAS

BARISAN DUTA UTAMA

Pertunjukan fesyen ini turut diserikan dengan kehadiran barisan duta utama Jakel Raya 2026 yang terdiri daripada selebriti dan personaliti terkenal tanah air, antaranya Nabil Ahmad dan keluarga, Achey dan keluarga, Senario, Cik Epal & Ammar, Elly Mazlein, Kamal Adli serta Que Haidar.

JAKEL FENOMENA RAYA 2026
JAKEL FENOMENA RAYA 2026
JAKEL FENOMENA RAYA 2026

DUTA GEN Z JAKEL RAYA 2026

Selain itu, Jakel turut memperkenalkan barisan duta Gen Z Jakel Raya 2026 sebagai usaha mendekati generasi muda dan pelanggan baharu. Antara duta Gen Z yang terlibat ialah Lorenzo Irmann, Ara Bella Ellen, Zarif Ghazi dan Bella Dowanna.

JAKEL FENOMENA RAYA 2026

Kesemua duta ini tampil memperagakan koleksi Raya 2026 yang mengetengahkan rekaan elegan, kontemporari dan versatil, sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat.

JAKEL FENOMENA RAYA 2026

PELANCARAN JUALAN PRA-RAMADAN JAKEL

Pada masa sama, Jakel turut mengumumkan pelancaran JAKEL PRA-RAMADAN SALE yang akan berlangsung bermula 23 Januari hingga 18 Februari 2026, bersempena pengenalan New Collection Raya 2026.

Baju Melayu anak anak #BajuMelayu #Jakel4nomenaraya2026 #Jakel40Tahun #JakelRaya2026
warna nie antara jadi pilihan singgah @jakeltextile #JakelRaya #Jakel4nomenaraya2026 #Jakel40Tahun

“Jualan Pra-Ramadan ini memberi peluang kepada pelanggan mendapatkan koleksi Raya 2026 lebih awal dengan tawaran istimewa. Ia sebahagian daripada komitmen Jakel untuk memastikan pelanggan sentiasa menikmati pilihan terbaik menjelang Ramadan dan Aidilfitri,”

-tambah Muzaffar.

MEMPERKUKUH KEDUDUKAN JAKEL DALAM FESYEN RAYA MALAYSIA

Jakel Fenomena Raya 2026 bukan sekadar sebuah pertunjukan fesyen, malah menjadi manifestasi komitmen Jakel dalam memperkukuh kedudukan sebagai peneraju fesyen Raya Malaysia, memperluas kolaborasi strategik serta mencipta fenomena baharu yang relevan dengan kehendak generasi masa kini

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge