iQIYI Terus Kukuhkan Kedudukan Sebagai Platform #1 Untuk Drama Tempatan Dengan Pelancaran Drama dan Kolaborasi Strategik
IQIYI
iQIYI, peneraju dalam penstriman hiburandigital, meneruskan momentum kejayaan dengan pelbagai perancangan menarik untuk tahun 2025. Selepas mencapai sambutan luar biasa pada tahun lalu, iQIYI mengukuhkan kedudukannya sebagai platform utama drama tempatan.
Dengan menjalin kerjasama bersama Media Prima dan pelbagai produksi tempatan seperti MIG Production, Skop Production, Pencil Picture Production dan Zeel Production untuk melancarkan lebih banyak kandungan eksklusif pada tahun ini.
“Selepas beberapa kejayaan tahun lepas, drama tempatan telah mencapai lebih 200 juta tontonan digital, iQIYI mengambil langkah untuk menubuhkan segmen khas seperti ‘Drama Onz’. Sebuah destinasi utama untuk kandungan drama Melayu berkualiti tinggi yang mempunyai peminat tersendiri.”
-Menurut Li Kaichen (KC Li), Naib Presiden, APAC & MENA, iQIYI Antarabangsa
IQIYI ORIGINAL
Sebagai platform #1 pilihan untuk drama tempatan, iQIYI berpotensi menampilkan lebih ramai bakat tempatan dan memperkenalkan barisan drama baharu sepanjang tahun 2025. Antara tajuk utama iQIYI Original yang bakal dilancarkan termasuk Mawar Dahlia, Dosa Cinta, Sara, dan Griya.
Selain drama tempatan, iQIYI juga menawarkan pelbagai pilihan hiburan seperti Chinese Drama (C Drama), Anime, dan Reality TV lengkap dengan sarikata untuk tontonan yang lebih inklusif.
PELANCARAN TAB KHAS- DRAMA ONZ
Berdasarkan sambutan luar biasa terhadap drama terbitan Media Prima, iQIYI dengan bangga memperkenalkan tab khas Drama ONZ, menjadikannya destinasi utama bagi peminat drama Melayu. Langkah ini menandakan satu lagi kejayaan dalam menjadikan iQIYI sebagai ‘port’ eksklusif untuk kandungan tempatan yang menarik.
“Media Prima sangat teruja dengan kolaborasi ini bersama iQIYI, sebuah syarikat bertaraf antarabangsa. Dengan kehadiran tab terbaru, Drama Onz. Mengetengahkan konsep catchy dan young, kami yakin ia akan menarik lebih ramai peminat drama Melayu, khususnya golongan muda di Malaysia.”
-Menurut Nini Yusof, Ketua pegawai eksekutif, Media Prima Television Networks & Primeworks Studios.
HONOR X9A TAB
Tab khas ini turut mendapat sokongan daripada HONOR X9a Tab, sebagai penaja utama yang menjanjikan pengalaman penstriman terbaik dengan tagline: “Stream the best drama experience with HONOR X9a Tab.”
PERKENALKAN STREAMORE
Kolaborasi Strategik Dengan CelcomDigi: Perkenalkan StreamMORE
Sempena Raya, nikmati iQIYI Standard VIP bersama CelcomDigi serendah RM11.90/bulan dengan 10GB data, atau pilih SpeedStream Pass RM47/bulan untuk penstriman tanpa had. Pelanggan baharu juga dapat 1 bulan akses percuma dari 26 Mac hingga 28 April 2025. Langgan di MyDigi, Celcom Life App, atau cawangan terpilih CelcomDigi..
“Kolaborasi antara iQIYI dan CelcomDigi melalui project StreamMORE membolehkan pelanggan menikmati hiburan tanpa batasan dengan cara yang lebih mudah dan eksibel. Kami percaya kerjasama ini akan memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna.”
-Menurut Jony Deng, Pengurus Besar, iQIYI Malaysia & Singapore
KERJASMA STRATEGIK
Dengan pelbagai pelancaran dan kerjasama strategik yang dirancang, iQIYI terus mengukuhkan kedudukannya sebagai platform utama untuk drama tempatan dan hiburan Asia terbaik.
Inisiatif seperti Drama Onz, kandungan eksklusif baharu, serta perkongsian dengan Media Prima, HONOR, dan CelcomDigi menandakan satu era baharu dalam landskap penstriman digital di Malaysia. iQIYI kekal komited dalam membawa pengalaman hiburan berkualiti tinggi kepada penonton di seluruh negara