Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
IPC Pusat Beli-Belah Sambut Krismas Bertemakan A Wondrous Winterland~ Keriangan sambutan Krismas mula dirasai di IPC Pusat Beli-belah. Dengan bertemakan A Wondrous Winterland atau Keajaiban Musim Salji, IPC iaitu pusat membeli-belah yang mesra komuniti telah membina taman sajli yang indah ditengah-tengahnya. Disamping itu pelbagai jualan barangan menarik, aktiviti, dan tawaran eksklusif dari sekarang hingga 1 Januari 2020. Sambutan tahun ini lebih meriah lagi kerana IPC yurut meraikan ulang tahunnya yang ke 16
A Wondrous Winterland
IPC Pusat Beli Belah bakal membawa para pengunjung mengembara ke taman ajaib yang dipenuhi dengan coklat dan keriangan di lobi utama. Ia berkolaborasi Bersama jenama coklat ternama Toblerone yang bertaraf lagenda. Selain itu boleh mengambil gambar di rangka bola besar kristal yang bersebelahan dengan pokok Krismas setinggi 15 kaki. Untuk kanak-kanak pula jangan risau dimana boleh mengelilingi taman indah dengan menaiki keretapi khas. Jangan lupa untuk mengambil hambar dan berkongsi di ruang Instagram ye
Selain itu anak-anak mahupun dewasa boleh turut mengambil bahagian dalam aktiviti dan bengkel kraf menarik semasa hujung minggu sepanjang musim perayaan. Aktiviti ini disesuaikan mengikut minat dan permintaan berbeza dari setiap keluarga. Seisi ‘meet and greet’ Bersama Tomte dan gadis-gadis berpakaian tradisional Sweden jua persembahan tarian pada hujung minggu.
IPC Tack Club
IPC Pusat Beli-belah memperkenalkan ‘IPC Tack Club’ dimana berharap hubungan mesra Bersama rakan niaga dan para pengunjung melalui program kesetiaan. ‘Tack’ bermaksud terima kasih dalam Bahasa Sweden dimana lebih banyak ganjaran dan tawaran istimewa kepada para pengunjung setia.
‘Apabila kami melancarakan konsep ‘So Much More’ kami amat komited untuk mencipta pengalam membeli-belah yang menepati gaya hidup pelanggan kami. Kami memahami bahawa pengguna sekarang sudah biasa menggunakan applikasi digital layan diri melalui aplikasi mudah alih atau belian atas talian [online]. Program kesetiaan seperti ‘IPC Tack Club’ membolehkan anda menyimpan, mengenal pasti dan menebus ganjaran atau tawaran dengan segera bukan lagi suatu perkara baru malah perlu dilakukan.
‘Bermula daripada membeli barangan keperluan dapyr sehinggalah memilih atau menjamu selera di salah sebuah restoran ini, IPC Tack Club akan memberi pelanggan pelbagai keistimewaan yang ditawarkan di sini. Program ini adalah komitmen dari kami terhadap pelanggan kami demi mencipta pengalam manis ketika di sini.
-kata Karyn Lim, Pengurus Besar IPC Pusat Beli-belah
Perayaan kali ini bukan hanya perhiasaan indah sahaja tetapi para pengunjung boleh menikmati pelbagai tawarn istimewa bermula sekarang hingga 1 Januari 2020
- Dengan setiap pendaftaran, ahli IPC Tack Club akan diberikan 1 aiskrim IKEA percuma
- Ahli baru dan lama IPC Sma Club akan menerima hadiah percuma semasa mendaftar dan memperbaharui keahlian mereka.
- Ahli IPC Tack Club boleh menebus 1 kalendar meja IPC 2020, 1 Coklat Susu Toblerone 100g dengan pembelian min RM50 ke atas satu resit ATAU
- Ahli IPC Tack Club boleh menebus 1 cooler bag, 1 kalendar meja IPC 2020, 1 Coklat Susu Toblerone 100g dengan pembelian min RM 400 dengan kombinasi 2 resitv