Imperial Chakri Palace Skyview Bagi Anda Yang Inginkan Kelainan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Imperial Chakri Palace Skyview Bagi Anda Yang Inginkan Kelainan| Imperial Chakri Palace bukan baru bertapak di Malaysia. Malah ada cawangan yang telah di buka sebelum ini di KLCC dan juga Pavillion. Kali ini dibuka di Sri Hartamas yang dinamakan Imperial Chakri Palace Skyview

Kenapa Imperial Chakri Palace Skyview? Ianya adalah kelainan dari cawangan yang sebelumnya. Ianya terletak di aras atas sekali di aras bumbung Hotel Dorsett Hartamas, Pada yang biasa menikmati hidangan Chakri Palace , tiada bezanya di sini menjanjikan hidangan Thai yang lazat dan autentik. Yang menarik perhatian KP adalah keindahan panaroma dari tingkat atas sekali iaitu tingkat 27 bangunan ini.

Antara shot yang sempat diambil sebelum malam berlabuh. Nampak tak apa yang KP nampak? Ya, Istana Negara tersergam indah,  KLCC, Menara KL dan Menara Exchange 106 (TRX) boleh dilihat dari sini.

Berbalik pada restoran Imperial Chakri Palace Skyview, meja- meja di susun indah dan anda boleh memilih untuk kumpulan yang kecil mahupun besar. Oleh kerana hidangan Thai bakal dihidangkan, tidak dilupakan gambar raja-raja Thai menghiasi dinding dipintu masuk restoran. Katanya ketua tukang masak Chakri Palace pernah bekerja di Istana Thailand. Citarasa ini yang dibawakan oleh Chakri Palace umpama santapan diraja Thai.

Inginkan privasi boleh sahaja meminta untuk menikmati hidangan di sini. Ini juga diantara bilik VIP yang ada

Haa.. dah lihat sekeliling restoran bukan? Apa kata jom lihat antara hidangan yang sempat KP rakam dan nikmati sewaktu berada di sini.

Thai Fish Cake

Thai Mango Salad

Glass Noodles Salad – Umpama kerabu bihun Thai siap dengan seafood

Steamed Seabass With Lime and Chilli Sauce

Sauteed Chicken With Sauce – best sebab ada cashew nut.

Seafood Tom Yum – tiada siapa dapat menanding masakan tom yum dari Thai

Thai Omelette – boleh pilih isi ketam atau udang

Thai Green Curry Chicken – boleh pilih nak ayam, daging atau udang

Pizza Margherita – di sini ada western untuk memberi lebih pilihan pada pelancong yang datang menginap di sini

Mango Sticky Rice- ala pulut mangga

Red Ruby Water Chesnut in Coconut

Bezanya Imperial Chakri Palace Skyview dengan cawangan lain adalah dari segi hidangan dimana bukan fokus pada masakan Thai tetapi ada diselit masakan barat a.k.a western. Kelainan lain adalah suasana dan pemandangan yang memang cantik dan indah. Pemandangan di waktu malam memang tidak dapat di nafikan betapa indah dengan cahaya lampu.

Untuk maklumat lanjut layari,

IMPERIAL CHAKRI PALACE SKYVIEW

Alamat: Rooftop Level 27, Hotel Dorsett Hartamas, Sri Hartamas, Kuala Lumpur

Telefon: 016 2277 186/ 016 2277 170

Facebook: https://www.facebook.com/ChakriMY/

Instragram: https://www.instagram.com/chakripalace/



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge