HP CHROMEBOOK X360 UNTUK STUDENT KATANYA, BEST KE? |Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Di zaman sekarang yang serba teknologi dan canggih, smartphone dan juga computer riba menjadi antara peralatan yang wajib ada dalam setiap rumah.
Tidak kira anak anda sedang mempelajari di sekolah rendah, menengah mahupun kolej atau universiti.
KOMPUTER RIBA
Komputer riba adalah keperluan untuk bekerja dan belajar dari rumah pada masa kini. Walau bagaimanapun, harga untuk sebuah komputer riba bergantung pada spesifikasinya.
Jika dibandingkan dengan smartphone, tidak semua orang mampu membelinya.
HP CHROMEBOOK X360
Untuk HP Chromebook X360, apa yang menarik tentangnya? Ianya adalah komputer riba yang serbaguna. Boleh digunakan untuk pembelajaran bagi para pelajar tidak kira dibidang mana.
RINGAN KE?
Chromebook lebih ringan dan lebih kecil daripada komputer riba biasa. Mana taknya cuma 1.45kg sahaja, ringan kan?
Dapat strim dengan pantas seperti mengakses buku teks secara online , menjalankan ujian dan yang lain lagi. Dimensi : 29.5×20.53×2.09 cm
SISTEM YANG DIGUNAKAN
Perbezaan utama antara Chromebook dan komputer riba sudah tentu adalah sistem pengendalian.
Walaupun komputer riba berjalan pada sistem pengendalian Windows yang paling popular, Chromebook berjalan pada Chrome OS berasaskan web.
Dimana pada asasnya adalah ‘skinned version’ Chrome yang didatangi dengan beberapa fungsi tambahan.
Menggunakan Processor: Intel® Celeron® N4020 (1.1GHz base frequency, up to 2.8GHz burst frequency, 4MB cache, 2 cores).
TOUCH SCREEN
Antara sebab kenapa memilih Chromebook X360 sebab boleh ‘touch screen’. Tanpa perlu menggunakan mouse [tetikus] ataupun keyboard, sentuh sahaja di paparan skin.
Lebih mudah dan senang jika terlupa untuk membawanya bukan. Nak buat carian di google mahupun menaip di microsoft boleh saja ‘touch screen’.
Paparan skrin : 11.6″ HD touch Screen 2-in-1
360 DARJAH
Ini betul!. Memang berbunga hati bila HP Chromebook X 360 boleh diputar ke 360 darjah. Jadi dapat menyelak, mahupun melipat peranti untuk pelbagai fungsi.
Seperti contoh, mengedit, menulis, membaca mahupun melukis dalam tiga mod: komputer riba, tablet, atau berdiri.
KAMERA 5MP
Menggunakan kamera HD bersepadu dimana mempunyai kamera web 5MP pilihan. Dan grafik pula menggunakan Intel® UHD Graphics 600
TONTON NETFLIX BOLEH TAK?
Tidak seperti PC biasa, Chromebook ialah jenis komputer riba yang berbeza. Anda boleh menontonnya terus mahupun melalui Netflix Website.
Nak guna stereo headphone atau microphone pun ada boleh juga.
HARGA
Sekarang ada promosi dimana HP Chromebook X360 ini.
Boleh di beli dengan harga RM 659.00 [harga biasa RM999.00] via PayLater by Grab. Ataupun 4X bayaran sebanyak RM 164.75 via PayLater by Grab
Inginkan lebih penjimatan, apa kata daftar untuk Education Store dimana pembelian RM599.00 atau untuk bayaran 12 bulan 0% instalment.
Tambahan Microsoft 365 Personal selama 12 bulan PWP Offer untuk RM99 [Harga Asal: RM 258]
REVIEW
Storan di Chromebook adalah minimum. Seperti yang ini mempunyai 32GB storan yang sedia ada. Beberapa perkara perlu diambil berat jika
Untuk mencetak, perlu menggunakan Google Cloud Print. Tidak dapat membuat suntingan video atau photoshop. Termasuk juga bermain permainan secara atas talian.
Bagi KP sesuai untuk dibawa kemana-mana kerna ianya kecii, ringan dan mudah dibawa kemana-mana saja.
Ada internet semua pun boleh. Sesuai untuk anak-anak menggunakan terutama pembelajaran melalui online.
Untuk informasi lanjut boleh layari di
Website Itworld | Website Gloo |