Meneruskan kejayaan tahun lalu, HOMESOY terus mengangkat misi menyokong kesihatan wanita melalui saringan awal dan sokongan bersama.
HOMESOY
Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara pada bulan Oktober ini, HOMESOY meneruskan inisiatif dan komitmennya untuk menyokong kesihatan wanita dengan melancarkan ‘Stop That Dot Together’, kesinambungan daripada kempen tahun lalu yang berjaya mendorong 11,000 wanita untuk menjalani ujian saringan.
KEMPEN ‘STOP THAT DOT TOGETHER’!
Kempen ‘Stop That Dot Together’ pada tahun ini tampilkan pendekatan baharu dengan mengubah persepsi terhadap ujian saringan daripada sesuatu yang menakutkan kepada satu tanda kasih sayang dan sokongan bersama insan tersayang.

INSIATIF
Selari dengan misi HOMESOY yang menggalakkan kesejahteraan wanita melalui pemakanan berkhasiat berasaskan soya serta kepentingan pengesanan awal.
SUMBANGAN CANCER RESEARCH MALAYSIA
Sebagai bukti sokongan berterusan, HOMESOY menyalurkan sumbangan RM50,000 kepada Cancer Research Malaysia bagi tahun 2025. Ini mencerminkan peranan jenama berkenaan sebagai lebih daripada sekadar minuman harian, ia adalah penyokong jangka panjang untuk kesihatan wanita di seluruh negara.
“Tahun ini, ‘Stop That Dot Together’ membawa mesej yang lebih mendalam daripada sekadar kesedaran. Ia menekankan bahawa saringan adalah tanda kasih dan penjagaan, sambil mengingatkan setiap wanita bahawa mereka tidak pernah berseorangan dalam perjalanan ini.

HOMESOY sentiasa bersama wanita dengan menyuburkan kesihatan mereka setiap hari, di samping menyokong perjuangan menentang kanser payudara untuk jangka panjang. Kami mengajak seluruh rakyat
Malaysia untuk berganding bahu, menjalani saringan bersama dan menjadikan pemakanan sihat sebagai asas kesejahteraan berpanjangan.”
-Chang Wan Ping, Pengarah Pemasaran, Ace Canning Corporation Sdn Bhd
NUTRISI DAN KESIHATAN PAYUDARA
PERANAN SOYA DAN HOMESOY
Pemakanan merupakan tonggak penting dalam langkah pencegahan serta pemulihan. Kajian menunjukkan bahawa wanita Asia, yang mengamalkan diet kaya soya sehingga 10 kali ganda lebih tinggi berbanding wanita Kaukasia, kebiasaannya mencatat kadar kanser payudara yang lebih rendah. [1]
ISOFLAVAN SOYA
Sebatian semula jadi berasaskan tumbuhan – adalah berbeza daripada estrogen manusia dan tidak bertukar menjadi hormon tersebut. Pelbagai kajian telah menilai kesan perlindungan daripada produk soya atau isoflavon soya terhadap risiko kanser payudara, dan sebahagiannya telah berjaya menunjukkan
kesan positif.
“Soya ialah makanan berasaskan tumbuhan yang luar biasa, dengan manfaat unik. Ia membekalkan protein berkualiti tinggi untuk kesihatan menyeluruh. Manakala isoflavonnya pula menunjukkan potensi besar dalam membantu mengurangkan risiko kanser payudara, khususnya dalam kalangan wanita Asia,”
-kata Soo Sek Yow, Ketua Unit Pemakanan, Ace Canning Corporation Sdn Bhd
HOMESOY 3.0
Bagi menyokong kesejahteraan wanita, HOMESOY memperkenalkan HOMESOY 3.0, susu soya berkhasiat yang diperkaya dengan protein tumbuhan berkualiti tinggi, serat diet, kalsium dan vitamin D. Dengan kandungan lemak tepu yang rendah secara semula jadi, HOMESOY 3.0 membantu pengurusan berat badan yang sihat.

Selain itu menyediakan pilihan berasaskan tumbuhan yang dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit kronik. Ia sesuai untuk wanita di semua peringkat usia, termasuklah para ibu.
RISIKO KANSER PAYUDARA
“Risiko kanser payudara dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Walaupun genetik tidak boleh diubah, kita masih mampu membuat pilihan lebih sihat – seperti mengekalkan berat badan, kekal aktif, menjauhi tabiat merokok dan menjalani ujian saringan.”
-kongsi Dr. Ang Boon Hong (Ph.D.), Saintis Pasca Doktoral (Pencegahan Kanser dan Sains Populasi), Cancer Research Malaysia
CABARAN KANSER PAYUDARA DI MALAYSIA
Kanser payudara kekal sebagai kanser utama yang dialami wanita di MalaysiaMenurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 1 daripada 20 wanita berisiko mengalaminya dalam hidup mereka. Data dari Daftar Kanser Malaysia 2017–2021 pula menunjukkan lebih daripada separuh kes (50.5%) hanya dikesan pada peringkat lewat (Tahap III atau IV), sekali gus mengehadkan pilihan rawatan dan peluang mereka untuk pulih.

LANGKAH PROAKTIF
Meskipun begitu, tahap kesedaran dan langkah proaktif untuk bertindak masih belum berada di tahap memuaskan. Satu kajian kebangsaan telah mendedahkan tujuh daripada sepuluh wanita percaya saringan hanya perlu dilakukan apabila gejala muncul, manakala sebahagian lagi mengelak daripada pemeriksaan kerana takut atau rasa suasana hospital terlalu klinikal[2].
Pakar menegaskan bahawa sepertiga kes kanser dapat dicegah melalui gaya hidup sihat, manakala sepertiga lagi boleh dirawat dengan lebih berkesan jika dikesan awal[3]..
SARINGAN PAYUDARA
“Saringan payudara bukan sesuatu yang menakutkan; ia memberi kuasa dan keyakinan kepada wanita. Kami mahu wanita berasa yakin untuk menjalan pemeriksaan dengan mengetahui bahawa kaedah ini adalah alat berharga yang dibangunkan untuk kesihatan dan kesejahteraan mereka.”
-kata Dr. Nani Harlina Binti Md Latar, Pakar Bedah Payudara & Endokrin, Pusat Perubatan Sunway
MENANGI BAUCAR PEMERIKSAAN SERTA PEK
Bagi menterjemahkan kesedaran menjadi tindakan, HOMESOY memperkenalkan kempen Stop That Dot Together dengan sebuah video pendek yang menampilkan kisah para survivor, sekali gus menggalakkan wanita menjalani pemeriksaan.
Kempen ini turut disokong dengan peraduan kebangsaan bersama dengan rakan kesihatan HOMESOY, di mana peserta berpeluang memenangi baucar pemeriksaan kesihatan dan saringan payudara. Untuk menyertai, peserta hanya perlu mengambil gambar berpasangan dan memuat naik ke media sosial dengan HOMESOY 3.0 bersaiz 946ml.
Di samping itu, wanita yang menjalani pemeriksaan di hospital yang terlibat seperti Pusat Perubatan Sunway, Columbia Asia Hospital, Subang Jaya Medical Centre, KPJ, Thomson Hospital, Prince Court Medical Centre, Hospital Picaso dan Hospital Lam Wah Ee akan menerima hadiah eksklusif berupa pek HOMESOY 3.0 bersaiz 946ml.
