Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Berkesempatan berkumpul bersama rakan-rakan blogger yang lain untuk turut sama mencuba perkhidmatan yang ditawarkan di Healthland Wellness Spa, Setia Alam tidak dilepaskan.. Jemputan yang KP terima dari Carol Lam di sambut dengan riang. Dapat juga KP mencuri masa dari kesibukan seharian KP untuk memanjakan diri sendiri selepas penat berkerja. Kami semua berkumpul sejak 1.30 petang sambil menunggu rakan yang lain tiba berkongsi cerita kerana sudah lama tidak berjumpa
Di Healthland Wellness Spa bukan sahaja menawarkan perkhidmatan urutan untuk tangan,kaki dan badan tetapi juga manicure, pedicure, dan yang paling best ada kafe dan pelbagai barangan yang “rare” dijual disini. Setiap perkhidmatan mahupun program kesihatan yang ditawarkan semuanya bercirikan gaya hidup holistik. Tidak kira lelaki mahu pun perempeuan semua boleh menikmatinya . nak tahu apa dia, jom baca.. !!!

Di Healthland Wellness Spa, Setia Alam KP diberi peluang untuk merasai sendiri perkhidmatan yang di tawarkan dan pastinya KP akan berkongsi bersama anda untuk membezakan setiap servis. Perkhidmatan yang ditawarkan ialah:
- Hand Paraffin
- Foot Treatment – 60 minit
- Urutan Thai (Satu Badan)- 60 minit
Sewaktu masuk, mata seakan terpaku dengan keindahan dan kecantikannya. Berkonsepkan dari negara seberang Bali secara keseluruhan ianya luas, cantik dan kemas.
Ruang mendaftar
Disinilah dimana anda perlu mendaftar perkhidmatan mana yang anda inginkan. Pilih sahaja dari pakej yang ditawarkan dan pastinya akan berpuas hati. Setiap pelanggan dijaga oleh seorang terapist. Terapist ini terlatih dimana mereka perlu mengambil latihan dan mendapat sijil sebelum menjadi terapist. Jadi tidak perlu rasa ragu ye..
Servis yang di tawarkan
Hand Paraffin
Hand paraffin. KP berada di sini untuk membuat hand paraffin. “Amante – Nail spa & Body Care”
Pelbagai produk di pamerkan di sini yang menjadi kegunaan sewaktu memberikan rawatan kepada para pelanggan.
Antara tempat untuk membuat rawatan nail spa. Selesa tau bila berada di sini dengan lagu melodi yang di pasang dan bau aromaterapi sedikit sebanyak membuatkan hati rilex dan tenang. Ini adalah antara sebab kenapa perlu spa untuk merehatkan diri seketika dari pelbagai kesibukan
Hand Paraffin di buat untuk membuang sel-sel yang telah mati agar tangan kelihatan lebih sihat dan lebih lembut
Sebelum tangan di wax -kan , tangan KP telah di sapu krim terlebih dahulu. Kemudian alat wax di check suhunya sebelum tangan di celup agar tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Selepas itu tangan kita akan dibaluti dengan plastik.Biarkan selama 20 minit (anggaran).
Tangan di celupkan ke dalam wax. Cuma hingga ke pergelangan tangan sahaja ye. Di celup dalam kiraan 5.
Selepas itu, tangan di balut dengan plastik selama 10 minit agar ia memberi impak pada tangan yang di wax tadi
Inilah kerja kami sementara nak tunggu 10 minit itu, bergambarlah kami.
Dan lagi. Seronok dapat berjumpa rakan blogger yang lain yang kebetulan baru sahaja menyambut tahun baru 2016
Cukup masa 10 minit, plastik di tanggalkan dengan lembut dan perlahan. Bukan berakhir di sini sahaja ye, tangan kami di losyen dan diberikan urutan tangan dengan lembut.
Terasa perbezaan tangan sebelum dan selepas di wax. Pastinya lebih lembut dan berseri

Foot treament kali ini mengambil masa 60 minit. Ianya dimulakan dengan
Kaki di cuci disini terlebih dahulu
Batu-batu yang di gunakan untuk foot treatment
Kaki di gosok dengan air
Kemudian di cuci dan dibilas dengan air

Bilik foot treatment ini adalah untuk uniseks dimana lelaki dan perempuan di urut di sini. Jika anda inginkan privasi anda boleh memberitahu dengan awal supaya persediaan boleh diadakan.

Bising ke ? Macam mana nak ‘feel’ bila di urut?
Soalan ini ada jawapannya. Untuk setiap pelanggan yang datang dan membuat foot treatment , secara automatik diberikan headphone untuk digunakan. Tiada istilah bising atau mengganggu para pelanggan yang lain. Bilik ini juga dalam keadaan yang gelap jadi jika anda ingin merehatkan badan dan mata boleh sahaja kerana ianya mengambil masa lebih kurang 60 minit untuk selesa
Berada di dalam bilik foot treatment ini seperti berada di panggung wayang. Di lengkapi dengan skrin besar untuk menonton filem sambil kaki di urut oleh terapist. Sambil di urut manja , sambil menonton wayang terasa tenang dan ringan sahaja diri ini. Bukan semua tempat ada kelengkapan sebegini.
Lihatlah para terapist tekun mengurut para pengunjung. Mereka ini semuanya mempunyai sijil pengiktirafan dalam urut-mengurut jadi tidak perlu risau jika tersalah urut atau tidak pandai mengurut.
Sempat posing lagi .. hihihi… 
Ok dah selesai foot treatment jom ke seisi urutan yang terakhir di Healthland Wellness Spa
Urutan Thai (Satu Badan)- 60 minit
Ini adalah di antara bilik urutan yang ada di Healthland Wellness Spa di Setia Alam ini. Ada bilik untuk individual, mahupun pasangan. Pemilihan bilik pula berdasarkan jenis perkhidmatan urutan yang telah di tempah. Ada juga bilik yang di gunakan berdasarkan kekosongan sewaktu itu.
Indah bukan bilik urutan ini.
Untuk pasangan mahupun datang bersama rakan, KP rekomenkan bilik ini, Tapi masih bergantung kepada kekosongan tau.
Urutan Thai yang di tawarkan ialah selama 60 minit. Sebelum di urut terasa berat di leher dan bahu mungkin kerana terlalu banyak angin memandangkan KP berkerja di dalam bilik aircond. Jadi KP memilih untuk urutan Thai Tradisional
Sewaktu bermula therapist KP bertanyakan jika KP inginkan urutan yang lembut, sederhana mahupun kuat. Memahami badan sendiri KP mohon untuk sederhana. Lilin aromaterapi di nyalakan sebelum memulakan urutan. Urutan di buat dengan lembut dan perlahan menggunakan minyak aromaterapi agar dapat menjadikan badan lebih rilex dan ringan
Dalam masa badan di urut oleh terapist yang terlatih, pastinya kedengaran bunyi angin yang lama tersimpan. Mana mungkin tiada angin tetapi KP salute pada mereka kerana bijak mencari di mana kumpulnya angin ini. Terasa perbezaannya sebelum dan selepas urutan badan oleh mereka ini. Ternyata ringan sahaja selepas urutan. Kena pergi lagi, selepas ini. Okay badan dah ringan , tangan dan kaki pun dah selesai urut jom gerak.
Kafe One + Another
Sebelum pulang, jom singgah di kafe One + Another di mana ianya terletak didalam Healthland Wellness Spa ini sendiri.
Pelbagai minuman tidak kira sejuk mahupun panas ada dihidangkan di sini. Harga pun berpatutan juga
Lemon mint tea iced and berry bea iced
cafe latte
Dessert atau manisan . Lihat sahaja kek yang ada dijual disini
Coklat cake atau cheese cake
atau fruit cake.. sedapnya. bertambahlah pula berat badan ni 🙂
Pai epal dan chicken pie . Buat mereka yang tidak menyukai kek bolehlah makan pastri
Ini adalah pilihan KP . Epal jus menarik perhatian KP. Freshly squeeze juice tau…
Barangan Unik, Antik dan “Rare” di jual disini
Sambil menyelam minum air. Itulah peribahasa pepatah Melayu. Selepas berspa jalan jalan cuci mata mana tahu ada barangan yang berkenan di hati bukan
Barangan yang di jual di sini agak unik dan “rare” bagi KP. tak percaya jom layan beberapa keping gambar yang sempat KP rakamkan

Waaa… mesti anda semua tak sabar nak datang ke sini kan . Jadi sebelum KP menutup entri ini jom check it out pakej apa yang ada ditawarkan di Healthland Wellness Spa di antaranya
Pakej- Pakej
Happier Hour Promotion
Combine Package
New Happy Hour Package
Healthland New Services
Rawatan seperti manicure, pedicure dan treatment
Healthland Special Get More
Terima kasih sekali lagi buat Carol dan Healthland Welness Spa atas jemputan kali ini. Puas hati sebab bukan sahaja dapat merehatkan diri sebentar dan mendapat juga mencuci mata membeli barangan yang rare dan unik. Semuanya ada di jual di satu tempat tanpa perlu ke tempat lain. Senang bukan , jadi jom ke sini nak ??
Alamat Healthland Wellness Spa
HealthLand Subang Taipan
39, Jalan USJ 10/1E, 47620 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.
Indulgence Line : +6 03 8081 6255
HealthLand Kota Kemuning
5, Jalan Anggerik Vanilla, BE 31/BE, Kota Kemuning Seksyen 31,40460 Shah Alam, Malaysia.
Indulgence Line : +6 03 5525 2989
HealthLand SS2
35, Jalan SS2/67,
47300 Petaling Jaya, Selangor.
Indulgence Line : +6 03 7865 8313
Signature HealthLand Puchong
2, Jalan Puteri, 1/1, Bandar Puteri, Bandar Puteri Puchong,
47100 Puchong, Selangor.
Indulgence Line : +6 03 8051 8993
HealthLand Sri Petaling
47, Jalan Radin Tengah, Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur.
Indulgence Line : +6 03 9054 9882
Signature HealthLand Setia Alam
Lot No. 2, Jalan Setia Prima K U13/K, Sek. U13, Setia Alam,
40170 Shah Alam, Malaysia.
Indulgence Line : +6 03 3362 3337
HealthLand Renaissance Hotel
Lot LGF, Lower Ground, LL12 & LL13, Lower Lobby, Renaissance Kuala Lumpur Hotel, Jalan Sultan Ismail, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia.
Indulgence Line : +6 03 2724 0915
Signature Healthland Taman Desa
No 18 & 20, Jalan 4/109E, Off Jalan Kelang Lama, Taman Desa Business Center
58100 Kuala Lumpur
Indulgence Line : +6 03 7988 0633
Healthland Taman Connaught
No 42, Jalan Cerdas, Taman Connaught. Cheras
56000. Kuala Lumpur
Indulgence Line : +6 03 9107 8055
HealthLand Seksyen 14
No 15, Jalan 14/20, Seksyen 14,
46100 Petaling Jaya, Selangor.
Indulgence Line : +6 03 7932 0830
HealthLand Uptown Damansara
No. 116 & 118, Jalan SS21/35, Damansara Utama,
47400 Selangor.
Indulgence Line : +6 03 7731 8338
#kitepunye #kitepunyedotcom #healthlandwellnessspa #spa