HAYATI TRADISI JUADAH SELERA DESA DI PICC PUTRAJAYA!

Hayati Tradisi Juadah Selera Desa: Bufet Ramadan PICC Putrajaya 2026 Tampilkan 200+ Menu Kampung & Live Cooking Eksklusif

PICC PUTRAJAYA

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kembali memeriahkan Ramadan menerusi bufet istimewa bertemakan “Cita Rasa Klasik – Sajian Selera Desa” bermula 20 Februari hingga 19 Mac 2026.

PICC PUTRAJAYA

CITA RASA KLASIK – SAJIAN SELERA DESA

200 PILIHAN MENU

Mengangkat konsep Hayati Tradisi Juadah Selera Desa, bufet ini menampilkan lebih 200 pilihan menu autentik masakan kampung yang membangkitkan nostalgia dan cita rasa tradisional Melayu.

PICC PUTRAJAYA
PICC PUTRAJAYA
PICC PUTRAJAYA
PICC PUTRAJAYA

Antara hidangan utama yang menjadi tarikan termasuk Ayam Pasu dan Sup Daging Tulang Rawan, selain juadah klasik seperti Udang Gulai Nenas, Ayam Masak Lemak Daun Pegaga dan Beriani Ayam.

LIVE COOKING STATION

PICC PUTRAJAYA
PICC PUTRAJAYA

Pengalaman berbuka puasa turut diperkaya dengan pelbagai stesen live cooking seperti Kambing Panggang Bakar Ala Arab, Char Kuey Teow, Roti Canai, Murtabak serta Oden & Yong Tau Fu.

PICC PUTRAJAYA
PICC PUTRAJAYA

DESSERT

Pilihan hidangan Barat, menu kanak-kanak dan aneka pencuci mulut tradisional seperti Serawa & Pulut Durian serta kuih-muih Melayu melengkapkan pengalaman gastronomi seisi keluarga.

PICC PUTRAJAYA
PICC PUTRAJAYA
PICC PUTRAJAYA

SUASANA EKSKLUSIF & SELESA

Bufet Ramadan tahun ini diadakan di lokasi baharu Aras G yang menawarkan pemandangan indah sekitar Putrajaya, sekali gus memberikan suasana berbuka puasa yang eksklusif dan selesa.

PICC PUTRAJAYA

PICC juga memiliki Sijil Halal serta Pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai jaminan kualiti dan kebersihan.

FESTIVAL RAYA – GEMA RAYA

Sepanjang Ramadan, pengunjung turut berpeluang mengunjungi festival raya terbesar di Putrajaya, Gema Raya, yang menghimpunkan lebih 300 vendor serta pelbagai aktiviti menarik.

Dengan kapasiti sehingga 700 tetamu pada satu masa, PICC menyasarkan kehadiran 15,000 pengunjung sepanjang Ramadan 2026, menjadikannya antara destinasi bufet Ramadan pilihan utama di Putrajaya.

HARGA BUFFET RAMADAN

20 Februari – 19 Mac 2026 | 6.00 petang – 10.00 malam | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
(PICC)

Early Bird: Dewasa: RM88 nett | Warga Emas & Kanak-Kanak (7–12 tahun): RM48 nett |seblm 20Feb Harga Asal : RM110 nett (dewasa)/ RM60 nett (warga emas) / RM60 nett (kanak-kanak 5–12 tahun)

Tempahan 03-8887 6000 atau WhatsApp hotline di 013-529 9496

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *