Buffet Ramadan 2026 Paling Nostalgia! Gajah Tiga X Farmer Village Tawar 70+ Menu Warisan Melayu “Sajian Imbauan Desa”.
SAJIAN IMBAUAN DESA
Buffet Ramadan 2026 Warisan Melayu: Sajian Imbauan Desa Jadi Tumpuan. Sedang mencari Buffet Ramadan berkonsepkan masakan kampung autentik, kolaborasi istimewa ini wajib masuk dalam senarai.

GAJAH TIGA X FARMER VILLAGE
Buat julung kalinya, Gajah Tiga dan Farmer Village bergabung mempersembahkan Sajian Imbauan Desa, sebuah bufet berbuka puasa yang menampilkan lebih 70 hidangan warisan Melayu.

Konsepnya jelas – menghidupkan kembali rasa kampung, aroma dapur tradisional dan kemeriahan berkumpul tiga generasi dalam satu meja.
LEBIH 70 MENU TRADISIONAL MELAYU
Rasa Macam Balik Kampung. Sajian Imbauan Desa mengetengahkan masakan Melayu klasik yang dekat di hati rakyat Malaysia. Antara menu ‘signature’ yang menjadi tumpuan:


✔ Cucur Udang Gajah Tiga
✔ Rendang Tok
✔ Ayam Masak Lemak Cili Api
✔ Gulai Daging Kawah
✔ Tempoyak Pucuk Ubi
✔ Kambing Golek


Setiap hidangan diinspirasikan daripada resipi tradisi yang membangkitkan nostalgia berbuka puasa di kampung halaman.

PEMBUKA SELERA & KUIH TRADISIONAL
Bagi pencinta ulam dan kerabu, pilihan pembuka selera juga cukup menyelerakan:

✔ Gado-Gado
✔ Kerabu Pegaga
✔ Kerabu Ikan Bilis
✔ Aneka ulam kampung

Manakala di bahagian pencuci mulut, hampir 20 pilihan kuih tradisional tersedia, antaranya:

✔ Pengat Pisang
✔ Roti Jala
✔ Cucur Jawa
✔ Talam Cendol

Gabungan ini menjadikan Sajian Imbauan Desa antara buffet Ramadan 2026 paling lengkap berkonsepkan Melayu tradisional.
HARGA BUFFET DINNER
23 Februari – 15 Mac 2026 | 6.00 petang – 10.00 malam | Farmer Village, Semenyih
✔ RM128 nett (Dewasa)
✔ RM78 nett (Kanak-kanak & Warga Emas)

KONSEP SUASANA BAZAR RAMADAN
Menurut Pengasas Farmer Village, Dato’ Peter Ng, kolaborasi ini bertujuan menawarkan pengalaman lebih unik dan pelbagai kepada pelanggan. Konsep yang diketengahkan adalah Suasana Bazar Ramadan, menggabungkan Variasi makanan & minuman, persekitaran Santai dan lokasi rekreasi mesra keluarga.
Ia direka sebagai destinasi yang boleh dinikmati oleh tiga generasi serentak — datuk nenek, ibu bapa dan anak-anak.

PERKUKUHKAN JENAMA KEDUA RESTORAN
Sementara itu, pihak Gajah Tiga turut menyatakan harapan agar gabungan ini dapat memperkukuhkan jenama kedua-dua restoran dalam industri F&B Ramadan.
Bagi yang mencari buffet Ramadan 2026 berkonsepkan Melayu klasik, Sajian Imbauan Desa ini antara pilihan paling menarik tahun ini.
