Hadramawt Kitchen – Khounafa Manisan Yang Terbaik Pernah Cuba

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hadramawt Kitchen – Khounafa Manisan Yang Terbaik Pernah Cuba| Dari nama Hadramawt Kitchen pastinya anda dapat meneka hidangan yang bakal dinikmati oleh KP adalah hidangan dari negara Arab .. Ye betul, hidangan kali ini dari Timur Tengah iaitu dari negara Arab dimana sedikit berlainan dari yang dinikmati harian

Hadramawt Kitchen 

Ianya berlokasi di Wangsa Maju berhadapan dengan Carefour Wangsa Maju.  Dibuka pada 16 Mei 2016 bertempat di Bangunan Wangsa 118 – Ground Floor. Pada satu masa, ia dapat memenuhi tetamu seramai 100 orang dimana ianya adalah salah satu restoran yang memberikan kelainan sewaktu menikmati bersama mereka yang tersayang

Dari dekorasinya , KP suka kerana ia mempunyai warna yang tenang dan juga kombinasi warna yang ngam .Meja-meja yang ada di dalam restoran ini cantik belaka dan seperti menikmati hidangan ekslusif sewaktu berada disini . Sambil menikmati hidangan dipasang alunan lagu Arab sebagai halwa telinga lagi memberikan ketenangan.

Asyik dok bersembang tentang dekorasi dan pasal restoran apa kata kite terjah apa hidangan yang menarik di sini , Dan apa tu Kunafah yang kata sedap sangat tu .. Kite mulakan dengan hidangan air Vimto dan Ice Lemon Tea . Vimto (air ala-ala campuran anggur dan blackcurrant).

Yang ini adalah hidangan untuk kami nikmati . Nasi Ayam Mandy dan yang di tepi pula Nasi Kambing Mandy. Di datangi sekali dengan sup rempah dan sos tomato salsa. Salad Arab ini adalah hidangan sampingan ye . Hidangan ini boleh dinikmati seramai 4-5 orang

 

Nasi Ayam Mandy & Nasi Kambing Mandy

– kedua-duanya menggunakan nasi yang sama kecuali yang membezakan ialah ayam dan kambing . Nampak kering bagi ayam dan kambing jadi kalau nak lagi sedap rekomen untuk makan sekali dengan sos tomato salsa yang di hidangkan sekali . Jangan pula minta sos cili pula nanti hilang habis rasa ayam dan kambing yang diperap

 

Salad Arab

– hidangan yang simple buat mereka yang vegetarian . Sayuran di potong tidak halus dan tebal di cucuri dengan sos tersendiri memang layan makan . Tak perlu sayur lain . hahahah

Apa yang besar nie ? Dari sekilas pandang seperti roti canai . Ini adalah roti Maulawah saiz besar bersama pencicahnya iaitu Fahsa . Fasha adalah racikan isi daging kambing dimasak didalam sup berempah. Jangan risau jika anda tidak dapat menghabiskan roti ini anda boleh minta set yang kecil agar tidak membazir.

Tips : Makan panas-panas kalau boleh guna jari tau cicah pula dengan fasha memang terbaik dan layan

Nampak tak besar mana roti Maulawah tu, makan 4 orang tak tentu boleh habis . Kena makan ramai-ramai gerenti habis .

Kalau tanya rasanya ala-ala roti canai / roti paratha. Memang lembut dan paling penting dibakar dalam oven yang didatangi khas dari negara Arab. Jadi dari situ pastinya anda tahu bagaimana kelembutan dan baunya bila hidangan ini dibawa keluar dari dapur keluar

Dah kenyang perut dengan hidangan utama tadi, jadi kali ini KP dapat merasa manisan yang dibuat sendiri. Manisan dari negara Arab semuanya manis-manis belaka. Hidangan yang sempat dicuba adalah Khounafa.

Khounafa.

Ianya adalah manisan yang dibuat dengan menggunakan bahan-bahan seperti cheese , kelapa parut dan karamel. Haa… kalau tengok pada rupa manisan ini ada seperti kuih tradisional (cakar ayam) di atas lapisan cheese dan sebagai finishing ditaburkan kacang pistachio. Ini yang buat lagi sedap dan manis apabila di makan .. berulang juga KP makan manisan ini

Okay ini sebagai penutup , wajib di cuba Teh O dan Teh panas sebelum beransur. walaupun nampak macam teh biasa tetapi sebenarnya ada kelainan. Teh O yang diminum mempunyai sedikit perisa pudina dan Teh Panas pula mempunyai rempah ratus tetapi yang tidak kuat apabila diminum. Kalau ditanya pastinya pilihan KP adalah Teh Panas. Kena rasa sendiri baru feel , baru tahu sama ada yang dikongsi betul ke tidak sebab lain orang lain rasanya

Bukan setakat hidangan di restoran tetapi Hadramawt Kitchen juga menawarkan perkhidamtan katering dan juga open house events. Kambing golek pun ada atas permintaan anda

Kalau inginkan nasi ayam mandy untuk di hantarkan pun ada . memudahkan dan menyenangkan para pelanggan mereka yang ada . Jangan kata KP tak share lokasi mana makanan sedap ye . Apa kata mai datang dan cuba tetapi hubungi dulu untuk buat tempahan tau

Tempahan : 03-41419841

Website Hadramawt Kitchen :www.hadramawt-kitchen.my

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge