Ging Gang Guli Dari Ajak Lagu Rakyat Antarabangsa DiBeri Nafas Baru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ging Gang Guli Dari Ajak Lagu Rakyat Antarabangsa DiBeri Nafas Baru |Pelawak, pengacara serta pelakon serba boleh berbakat besar yang berasal dari Kluang, Johor dan merupakan naib juara program televisyen realiti terbitan Astro yang popular iaitu Maharaja Lawak Mega 2017, Mohd Hanaffi Razak, 32, atau lebih dikenali dengan nama Ajak muncul dengan single terbaharu yang bakal mewarnai industri muzik tanahair. Walaupun sedang sibuk mempersiapkan diri untuk final Bintang Bersama Bintang, Ajak sempat menghasilkan single Ging Gang Guli hasil ciptaan penyanyi serta komposer disegani, Hafiz Hamidun.

Pengacara Melodi 2018 bersama pelakon terkenal Janna Nick yang memulakan kariernya sebagai pelawak setelah menjuarai Raja Lawak Musim Ke-6 pada tahun 2012 ini terdahulu telahpun melancarkan single ‘Sampai Langit’ (OST filem ‘Rempit Sampai Langit) bersama Usop Mentor pada bulan Oktober tahun lepas.Ging Gang Guli Dari Ajak Lagu Rakyat Antarabangsa DiBeri Nafas Baru

“Syukur Alhamdulillah kerana pembuka tahun 2018 ini saya diberikan rezeki yang meluas dan kesihatan yang baik untuk terus bernafas dan berbakti pada industri hiburan Malaysia.Pihak pengurusan saya dan saudara Hafiz Hamidun telah berbincang dan kami bersepakat untuk berkolaborasi dalam sebuah single berjudul ‘Ging Gang Guli’ yang merupakan lagu rakyat antarabangsa terkenal suatu masa dahulu tetapi telah diberikan nafas baharu.
Lagu ini merupakan lagu wajib pengakap alam persekolahan pada zaman kanak-kanak dahulu yang sangat mengimbau kenangan lalu dan sering dinyanyikan sewaktu jamboree. Saya juga diberikan kepercayaan oleh Hafiz untuk menulis sendiri bait-bait lirik lagu ini dan saya mengambil pendekatan berunsur nasihat kekeluargaan di antara suami isteri melalui pengalaman saya sebagai ketua keluarga . Saya harap penggemar muzik di luar sana tidak kira umur mahupun latar belakang akan terhibur dengan buah tangan terbaru daripada saya ini,”

kata Ajak.

 

Menurut Hafiz Hamidun, selaku komposer dan penerbit,
“Saya percaya, untuk menjadi seorang penghibur yang bagus, seseorang itu perlu versatile dalam pelbagai bidang dan bagi saya Ajak mempunyai pakej yang lengkap kerana kebolehan beliau untuk menyanyi dengan baik disamping elemen humor yang ada pada beliau bagi menghidupkan lagi lagu ini.Ging Gang Guli Dari Ajak Lagu Rakyat Antarabangsa DiBeri Nafas Baru

Lagu Ging Gang Guli boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu Ging Gang Guli ini juga boleh di tonton di saluran Youtube.



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge