Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Get Mouth Fit Dengan Colgate Melalui Bulan Kesihatan Mulut 2018 |Colgate-Palmolive Malaysia, Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) dan Bahagian Kesihatan Pergigian dari Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini melancarkan Bulan Kesihatan Mulut 2018. Tema untuk Bulan Kesihatan Mulut pada tahun ini ialah Get Mouth Fit untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengambil berat tentang penjagaan mulut dan mengunjungi doktor pergigian secara berkala sebagai sebahagian daripada pendekatan keseluruhan kepada kesihatan fizikal dan kesejahteraan hidup.
Trend kecergasan diterima baik oleh rakyat Malaysia dan ini dapat dilihat melalui peningkatan dalam trend senaman berkumpulan, pelancongan untuk kesejahteraan, program-program kesihatan, serta pertambahan jumlah gimnasium 24 jam. Kempen Get Mouth Fit Bulan Kesihatan Mulut Colgate 2018 ingin menangani isu ini sebagai salah satu daripada 4 langkah utama untuk Get Mouth Fit
Kempen Get Mouth Fit
Kempen Get Mouth Fit Bulan Kesihatan Mulut Colgate 2018 telah mendapatkan khidmat pengacara TV, pelakon dan peminat kecergasan yang terkenal iaitu Fahrin Ahmad untuk menggalakkan orang ramai mengamalkan 4 langkah utama untuk Mengaktifkan Kesihatan Mulut. Fahrin akan berkongsi pelbagai tip untuk Get Mouth Fit bersama para peminat sepanjang bulan Mac ini.
Kata En. Peter Torrington, Pengurus Besar Colgate-Palmolive Malaysia
“Rakyat Malaysia mungkin semakin sihat dari segi fizikal, tetapi adakah mereka juga menjaga kesihatan mulut? Kami berharap kempen tahun ini akan menggalakkan rakyat Malaysia menilai semula pendekatan mereka dalam mencapai kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan yang lebih baik dalam usaha mencapai matlamat kami untuk mendorong Malaysia menjadi negara yang lebih sihat. Dengan adanya pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang pada bulan ini, kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan menyertai pergerakan ini dan mendapatkan maklumat lanjut tentang cara-cara untuk “Mengaktifkan Kesihatan Mulut”.
“Pemeriksaan kesihatan pergigian secara berkala oleh doktor pergigian memberi jauh lebih banyak manfaat daripada sekadar membersihkan gigi dan memeriksa untuk kaviti. Impak penyakit-penyakit pergigian terhadap kualiti hidup sangat besar: bagi orang dewasa, ia boleh membawa kepada masalah malpemakanan dan pengasingan sosial dalam kes-kes yang paling teruk: dan bagi kanak-kanak, ia merupakan penyebab paling lazim bagi gangguan tidur berkaitan kesakitan dan pertumbuhan yang terbantut. Kesihatan mulut tidak seharusnya diasingkan daripada kesihatan keseluruhan,”
kata Yang Berusaha Dr Nomah binti Taharim, Pengarah Bahagian Penjagaan Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia yang merasmikan majlis pelancaran tersebut.
“Kunjungan ke klinik pergigian memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kesihatan mulut yang baik. Memandangkan keadaan pergigian seseorang itu berbeza mengikut tabiat pemakanan dan faktor-faktor gaya hidup yang lain, doktor pergigian akan dapat memberi nasihat untuk penjagaannya serta mengesan sebarang masalah yang tersembunyi. Jika anda belum berjumpa doktor pergigian sejak setahun lalu, rancanglah kunjungan anda secepat mungkin untuk mengetahui status kesihatan mulut anda,”
kata Dr. Ng Woan Tyng, Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia.
Bulan Kesihatan Mulut 2018
Bulan Kesihatan Mulut Colgate 2018 yang kini dalam tahun ke-15 meneruskan usaha untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup rakyat Malaysia secara keseluruhannya dengan meningkatkan akses kepada perkhidmatan pergigian, yang merangkumi pemeriksaan gigi percuma di 1109 klinik pergigian swasta yang mengambil bahagian di seluruh negara.
Ini akan disokong oleh pameran bergerak “Aktifkan Kesihatan Mulut” Bulan Kesihatan Mulut Colgate 2018 di seluruh negara serta aktiviti-aktiviti di dalam kedai dan peraduan digital di halaman Facebook Colgate Malaysia untuk meningkatkan lagi keterlibatan dengan rakyat Malaysia agar mereka mengingati 4 langkah utama untuk mengekalkan kesihatan mulut yang baik dan mendapatkan senyuman yang berseri. Di kongsikan juga 4 langkah mudah untuk mulut lebih sihat sewaktu hari pelancaran
Untuk maklumat lanjut layari
Facebook Colgate : https://www.facebook.com/ColgateMY/