Sushi Plus & Dato’ Fazley Yaakob Persembahkan “Flavour Kahwin” — Sentuhan Malaysia dalam Sushi Jepun.
SUSHI PLUS
Percaya ke tak, inilah flavour terbaru dari Sushi Plus. Nakkan kelainan mehlah singgah ke sini. Jenama sushi tempatan, Sushi Plus, berganding bahu dengan selebriti chef dan juara MasterChef Selebriti Malaysia, Dato’ Fazley Yaakob

FLAVOUR KAHWIN
Kali ini memperkenalkan menu fusion terbaharu yang dinamakan Flavour Kahwin — gabungan unik cita rasa Malaysia dengan teknik sushi Jepun yang asli. Bagaimana rasanya apabila di gabungkan dua menu ini..

Menu Flavour Kahwin akan mula ditawarkan selama dua bulan sahaja bermula 2 September 2025 di semua 15 cawangan di Lembah Klang dan Johor. Termasuk Sri Petaling, The Starling Mall, Bangsar South Vertical, Plaza Shah Alam, TRX Exchange 106 (bakal dibuka), serta Johor Taman Pelangi, Eco Botanic dan KSL City Mall, antara lain.


CIPTAAN BERSAMA
Hasil ciptaan Dato’ Fazley bersama chef residen, Chef Hugo, menu Flavour Kahwin membawa pengalaman kulinari yang berani, berwarna-warni dan penuh rasa kebanggaan Malaysia. Untuk kali ini menampilkan empat sajian istimewa.

NASI LEMAK SAMBAL IDAKO

BEEF CILI API SUSHI

PULUT RENDANG AYAM SUSHI

NASI KERABU UNAGI SUSHI

MENU WAKILI MALAYSIA
“Saya memang sudah lama teringin untuk menghasilkan menu sushi yang benar-benar mewakili Malaysia — sushi yang menggabungkan seni Jepun dengan rasa unik negara ini. Pertemuan dengan Dato’ Fazley menjadikan impian ini nyata, dan lahirlah Flavour Kahwin,”

-kata Chef Hugo bagi pihak Sushi Plus.
MAKANAN KEGEMARAN DALAM BENTUK SUSHI?
“Apabila Chef Hugo mengusulkan idea Flavour Kahwin, saya sangat teruja untuk mencipta semula makanan kegemaran rakyat Malaysia dalam bentuk sushi. Kepakaran beliau dalam teknik Jepun digabungkan dengan minat saya terhadap masakan tempatan menjadikan kolaborasi ini istimewa. Bersama-sama, kami hasilkan sushi yang menyeronokkan, penuh rasa dan bangga dengan identiti Malaysia.”

-kongsi Dato’ Fazley pada majlis pelancaran.
SEMPENA MERDEKA KE-68
Menu ini dapat menarik perhatian & citarasa rakyat Malaysia bersempena sambutan Merdeka ke-68, menyatukan warisan, budaya dan inovasi dalam hidangan harian.

Ditubuhkan pada 2019, Sushi Plus ialah jenama sushi Malaysia dengan 15 cawangan di Lembah Klang dan Johor. Berpegang pada falsafah “Lifestyle. Convenient. Pick-up Culture,” Sushi Plus menjadikan sushi sebahagian daripada gaya hidup harian melalui kualiti, inovasi dan harga berpatutan. Dikenali dengan sajian fusion yang segar, menyeronokkan dan penuh rasa, Sushi Plus terus mendekatkan sushi ke hati rakyat Malaysia.
