Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
FIPPER x THE NOOR JALANI KOLABORASI STRATEGIK | FIPPER, nak kenal senang saja. Tengok sendiri logo-nya, gambar gajah.
FIPPER
Pertama kalinya FIPPER berkolaborasi dengan aplikasi The Noor. Secara rasminya Fipper Marketing Sdn Bhd dan Noor Luminous Sdn Bhd, yang diwakili oleh Neelofa selaku Co-Founder dan CEO The Noor menandatangani MOU.
Memorandum Persefahaman (MOU) kerjasama diantara Fipper dan The Noor, telah diadakan di Hotel Marriot Putrajaya.
Aplikasi The Noor
Aplikasi ini telah dilancarkan pada awal tahun 2021 dan merupakan sebuah aplikasi yang dinantikan oleh seluruh umat islam. Pengasas aplikasi ini merupakan selebriti dan usahawan terkemuka iaitu Noor Neelofa. Lebih dikenali dengan Neelofa.
Selipar jenis(Slip On) Eksklusif untuk Platform The Noor
Dalam kerjasama ini, Fipper Marketing Sdn Bhd selaku pengeluar kasut / selipar berjenama secara ekslusif menjadi pengeluar eksklusif selipar jenis (slip on) yang direka khas untuk Platform The Noor.
Dengan slogan ‘Build Your Own Path With Every Step’ selipar eksklusif ini hanya boleh di dapati di Platform The Noor, laman sesawang Fipper dan juga di rangkaian butik yang terpilih.
Rekaan dengan huruf ‘n’ di atas tali selipar tersebut juga merupakan logo kepada aplikasi The Noor. Rekaan selipar ini dibuat sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita.
Mesra Pengguna atau ‘muslim friendly’
Dalam penghasilan selipar keluaran eksklusif The Noor, masih mengambil kira faktor ‘mesra pengguna -muslim’. Dimana selipar ini sesuai digayakan oleh muslimah yang memakai stokin. Permukaan tapak yang tidak licin boleh di gunakan dimana mana permukaan basah atau kering.
Selipar The Noor tampil dengan 4 pilihan warna yang menarik, kelebihan utama selipar ini ianya lebih ringan dan memberi keselesaan maksima kepada pengguna. Ia mampu menyerap bebanan dan mengurangkan rasa sakit kaki.
Bagi Neelofa
“Selipar ini dikeluarkan dalam kuantiti yang sangat terhad. Saya nasihatkan kepada mereka yang berminat untuk memilikinya boleh mendapatkan selipar ini diplatform yang dimaklumkan.
Saya sangat berpuashati dengan kualiti selipar ini, ia dapat membantu pemakai berjalan dengan selesa”.
-kata pengasas The Noor, Noor Neelofa,
“Pihak Fipper berharap kerjasama yang terjalin dapat mengembangkan lagi rangkaian perniagaan samada dipihak kami atau pun dipihak The Noor.
Dengan kerjasama ini juga ia dapat menguatkan lagi jenama dipasaran”.
Ujar Nadiah Janudin, pengurus kanan jualan dan pemasaran Fipper.
Untuk maklumat lanjut sila layari di
Nama yang menjadi bualan sekarang. Di sebalik kontroversi tup tap kuar produk kolaborasi …