FILEM QORIN, MEMANG SCARY WEI!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Berpeluang untuk turut serta bersama Antenna Entertainments Exclusive Preview Screening filem seram terbaru dari Indonesia tidak dilepaskan.

Dari tajuk filemnya saja pasti ada yang boleh meneka jalan cerita tentang mengenai apa? Ada pula masih tertanya- tanya apa kaitan Qorin dengan filem ini?

Jika anda seorang yang penakut atau cepat terkejut disarankan untuk menonton bersama rakan atau pasangan. Manakan tidak, elemen seram boleh dikatakan ada dalam setiap babak ditambah lagi dengan ‘jumpscare’.

Ini dikongsikan sinopsis filem ini.

SINOPSIS FILEM QORIN

Mengisahkan tentang Zahra (lakonan Zulfa Maharani) yang bersekolah di sebuah sekolah yang kelihatannya seperti sekolah asrama pondok untuk pelajar perempuan.

Asrama yang lengkap dengan kebun, sungai, dan tempat ternakan itu mengajar kemahiran agama Islam kepada Zahra dan rakan-rakannya.

Dengan pantas juga, penonton diperkenalkan dengan watak Ustad Jaelani (lakonan Omar Daniel) yang merupakan guru agama di asrama tersebut.

Isterinya bernama Umi Hana (lakonan Dea Annisa) dan juga Umi Yana (lakonan Putri Ayunda) yang merupakan penyelia asrama. 

RITUAL QORIN?

Suatu hari, seorang pelajar baru bernama Yolanda diterima masuk di asrama tersebut, dan Zahra dilantik untuk membantu Yolanda menyesuaikan diri dengan kehidupan di situ.

Walau bagaimanapun, keadaan yang pada mulanya tenang bertukar menjadi huru-hara apabila Ustad Jaelani memaksa pelajar-pelajar tersebut melakukan ritual Qorin. Kononnya sebagai salah satu syarat graduasi.

FILEM QORIN, MEMANG SCARY WEI!
FILEM QORIN, MEMANG SCARY WEI!

Semenjak itu, Zahra dan pelajar-pelajar lain mulai diganggu bayangan jin yang menyerupai diri mereka, dan mengganggu ketenteraman di situ.

Apakah rahsia yang disimpan di asrama pondok tersebut, dan dapatkah Zahra dan rakan-rakannya menghapuskan gangguan Qorin itu?

QORIN

Istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat dan jin dari (golongan syaitan) yang mendampingi setiap manusia.

Digunakan didalam Al-Quran dan dikatakan bahawa Qorin itu mengikuti manusia sejak seseorang manusia itu dilahirkan sehinggalah ajalnya.

Tetapi ia dikatakan memperlihatkan sisi baik dan sisi jahat manusia. Ia boleh menjadi ‘yang jahat’ jika disalahgunakan.

⭐⭐⭐⭐/5

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge