Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Filem Petta Dari Superstar Rajinikanth Adakah Yang Terakhir?|Siapakah Kaali sebenarnya? Apakah dendam di antara Singaaram dan Kaali sehingga mereka sanggup berbunuhan? Soalannya bakal terjawab didalam filem Petta kali ini . Siapa yang tak kenal dengan Rajinikanth. Pelakon yang mempunyai genre filemnya yang menampilkan pelbagai watak aksi, komedi , drama mahupun cinta
Jika filem beliau dimainkan di pawagam pasti penuh pawagam atau lebih pada ‘full house’. Pelakon bertaraf superstar yang terkenal sejak tahun 70an ini mempunyai peminatnya tersendiri. Sekarang umur mencecah 69 tahun tetapi masih kuat dan utuh untuk berlakon.

filem PETTA adalah pertaruhan dari pelakon veteran ini dalam industri perfileman. Filem berbahasa Tamil ini ditulis dan diarahkan oleh Karthik Subbaraj. Rajinikanth disertai oleh barisan pelakon-pelakon hebat Bollywood seperti Vijay Sethupathi, Simran, Trisha, M. Sasikumar, Nawazuddin Siddiqui, Bobby Simha, J. Mahendran dan Guru Somasundaram.
Sinopsis Petta
Michael yang sukakan Anu, menjadi marah apabila mendapat tahu yang perhubungan Anwar dan Anu telah direstui oleh ibu Anu. Lalu, dia cuba memalukan Anwar dengan merakam video tular tetapi rancangannya telah disekat oleh Kaali. Sebaliknya, video Michael pula ditularkan dan ia ditonton oleh seorang penjahat bernama Jithu (Vijay Sethupathi) di bandar Uttar Pradesh. Jithu adalah anak kepada seorang ahli politik yang berpengaruh Singaaram atau Singaar Singh (Nawazuddin Siddiqui).
Filem ini mengisahkan Kaali (Rajinikanth), seorang lelaki misteri yang tiba-tiba muncul untuk mendapatkan jawatan warden asrama lelaki di sebuah sekolah di Darjeeling. Kehadirannya kurang disenangi oleh sekumpulan pelajar lelaki nakal yang diketuai oleh Michael (Bobby Simha), anak kepada seorang berpengaruh di bandar tersebut (Aadukalam Naren). Michael dan kuncu-kuncunya sering membuli pelajar-pelajar lain termasuk seorang pelajar baru Anwar (Sananth Reddy).
Kaali berjaya menghalau Michael dan kuncu-kuncunya dari asrama tersebut. Pada masa yang sama, Kaali bertambah rapat dengan Anwar dan cuba membantu Anwar dalam masalah percintaannya. Anwar sebenarnya sedang bercinta dengan Anu (Megha Akash) tetapi percintaan mereka tidak direstu oleh ibu Anu, Mangalam (Simran). Kaali cuba berjumpa Mangalam untuk menerima Anwar sebagai teman lelaki Anu. Tanpa disangka-sangka, Kaali dan Magalam pula yang terjatuh cinta.
Pengarah Karthik Subbaraj berjaya menonjolkan Rajinikanth sebagai seorang pelakon versatil dan menghiburkan. Kepada penggemar Rajinikanth, plot asas adalah pengolahan semula filem hit Rajinikanth, Baasha. Tetapi di bawah arahan Karthik Subbaraj, filem ini menampilkan beberapa variasi dan plot twist yang mengejutkan.
Review Petta
Secara keseluruhannya, Rajinikanth memang menyerlah dalam filem ini. Ianya seakan satu tribute buat beliau. Terkaku dan kagum melihat setiap langkahnya seperti caranya berjalan atau “swag”, caranya bersiul, caranya ketawa dan caranya beraksi. Ini adalah sebahagian darinya dan segalanya akan membuatkan para peminat mengimbau kembali terkenang filem terbaru. Terkenang akan filem-filem lama mahupun baru Rajinikanth
Jadi, jika anda seorang peminat Rajinikanth, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem hebat ini di pawagam. Kepada penonton yang masih baru atau skeptikal akan taraf superstar Rajinikanth, anda akan faham tentang pengaruh dan tarikan pelakon veteran ini kepada jutaan peminatnya setelah menonton filem ini.