FILEM COOLIE, RAJINIKANTH ADA MESTI BEST KAN!

Dari tajuk filem saja pasti ada yang boleh meng-agak filem ini tentang apa? Yang penting Superstar terkenal iaitu Rajinikanth sebagai watak utama. Hebat ke tak, jom kite?

MALIK STREAMS CORPORATION


Pertama sekali, Malik Streams Corporation Sdn. Bhd – sebuah syarikat telah berjaya beroperasi sejak 2007 dan yang berurusan dengan penyediaan barangan isi rumah dan bekalan borong. Dato’ Malik mengendalikan syarikat yang boleh dikatakan paling berjaya dalam industri hiburan Malaysia (Malik Streams Corporation).

FILEM COOLIE

Juga bertindak sebagai penghubung langsung dan wakil Malaysia terhadap gergasi hiburan lain seperti
Bollywood dan Kollywood. Perniagaannya tidak hanya meliputi hiburan dan media tetapi juga menceburi
pelaburan hartanah, pertukaran mata wang & industri perhotelan serta dermawan patriotik.

MS GOLD

Pada masa ini, Dato’ Malik telah melebarkan sayap untuk menceburi bidang emas dan berjaya memiliki 4 butik emas grand dan eksklusif dengan jenama MS Gold yang terletak di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, Seremban, dan Johor.

FILEM COOLIE

Tahun ini, Malik Streams memiliki hak penuh sebagai pengedar rasmi untuk filem box office, “COOLIE”, yang dikeluarkan di seluruh negara pada 14 Ogos 2025. COOLIE ialah filem thriller aksi berbahasa Tamil India 2025 yang diarahkan oleh Lokesh Kanagaraj dan diterbitkan oleh Kalanithi Maran.

PELAKON RAJINIKANTH

Filem ini dibintangi oleh Superstar Padma Bhushan Rajinikanth, Nagarjuna, Soubin Shahir, Upendra, Shruti Haasan, Sathyaraj dan Aamir Khan. Ini adalah perjalanan yang paling tidak dapat dilupakan dan menarik untuk peminat Superstar kerana filem ini menandakan 50 tahun Superstar Padma Bhushan Rajinikanth dalam industri.

FILEM COOLIE

SINOPSIS FILEM

Coolie ialah filem drama aksi berlatarbelakangkan dunia buruh dan pelabuhan. Ia meneroka tema kesetiaan, pengorbanan dan kelangsungan hidup.Coolie menggabungkan unsur aksi, drama, dan perjuangan dengan naratif yang kukuh. 

Deva, seorang bekas penjenayah yang kini mengurus sebuah rumah tumpangan, terjejas hidupnya apabila sahabat karibnya, Rajasekhar, meninggal dunia secara mencurigakan. Menerusi siasatan, Deva terjerumus ke dalam operasi penyeludupan emas yang diketuai oleh Simon dan Dayal.

Dengan layari masa lalu melalui kilas balik, Deva menggunakan keterampilan, kesetiaan, dan kekuatan dalaman untuk menyusup dan menumbangkan sindiket tersebut. Dalam kemuncak konflik, watak seperti Preethi dan Dahaa menyumbang kepada pusingan emosional dan pertempuran hebat yang menguji prinsip dan kecekalan Deva.

COOLIE telah mencatatkan kutipan tertinggi di dunia untuk tayangan hari pertama di pawagam Tamil. Superstar Padma Bhushan Rajinikanth kembali ke skrin besar dalam Coolie: The Movie, sebuah tontonan aksi besar-besaran yang sarat dengan karisma, jiwa dan aksi yang mendebarkan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge