Posted in

MENJAGA HATI ASIA TOUR 2025 BERSAMA NADHIF BASAMALAH!

MENJAGA HATI ASIA TOUR

Siap Sambut Nadhif Basamalah – Menjaga Hati Asia Tour 2025. Ingat ‘lock’ date tau!

MENJAGA HATI ASIA TOUR 2025

Penjaga Hati anda, Nadhif Basamalah bakal singgah di Kuala Lumpur pada 11 September 2025 bersempena dengan Nadhif Basamalah – Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur. Ya! Anda tidak salah dengar dan tidak salah baca. Nadhif, si bujang 25 tahun pemilik vokal gemeresik dan cukup menenangkan itu akan bertemu anda di The Exchange Hall, Petaling Jaya.

PENGANJUR BERSAMA

Menurut penganjur bersama After School dan Banyak Bagus Entertainment, Kuala Lumpur adalah antara destinasi paling dinantikan komposer-penyanyi muda itu untuk bertemu peminatnya di Malaysia.

“Tanpa merendahkan lokasi lain dalam Nadhif Basamalah – Menjaga Hati Asia Tour 2025, After School dan Banyak Bagus Entertainment dengan bangga membawa penyanyi yang namanya sedang hangat ini singgah sekali di Kuala Lumpur.

KALI INI LIVE DI KUALA LUMPUR

“Selain Singapura dan Kota Kinabalu, Sabah, Nadhif  juga tidak sabar bertemu peminatnya di Kuala Lumpur pada 11 September ini. Jangan sampai terlepas peluang mendengarkan vokal emas Nadhif Basamalah lewat lagu-lagu hitnya di Nadhif Basamalah – Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur,” ujar Liaw Sun dari BanyakBagusEntertainment.

SIAPA NADHIF BASAMALAH

Nadhif yang sempat menjadi pilihan Tulus membuka acaranya lewat tour Manusia di Makassar mula debut pada Julai 2022 menerusi Wonder in Time. Namanya terus meledak dan mendapat tempat di hati peminat menerusi single seperti  To Be With Me dan Without Me (Sera) sebelum Penjaga Hati menakluk hati peminat pada 2023.

KARYA BALADA

Nadhif terus membuat peminatnya ‘gila bayang’ dengan karya balada dan vokal enaknya menerusi lagu-lagu baharu termasuk Jatuh Cinta Lagi dan Bergema Sampai Selamanya.

HARGA TIKET

Penjualan tiket Nadhif Basamalah – Menjaga Hati Asia Tour 2025 sudah mula dijual di ticketmelon dan tiket adalah terhad. Tiket Nadhif Basamalah – Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur di The Exchange Hall pada 11 September 2025 ini adalah terhad.

“Jadi kalau anda benar setia dan tidak mahu melepaskan peluang ‘bergembira’ bersama Nadhif Basamalah, inilah masanya. Jangan sampai terlepas event penting ini,”

-ujar Liaw Sun lagi.

Jadi mari menikmati seorang Nadhif Basamalah dan jangan berani tidak jatuh cinta dengannya di Nadhif Basamalah – Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur di The Exchange Hall, 11 September ini.

Jumpa jam 8 malam guys!

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *