Festival Borneo Antarabangsa 2019 di Suria KLCC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Festival Borneo Antarabangsa 2019 di Suria KLCC| Festival Borneo Antarabangsa apa kah itu ?Pernahkan anda sampai ke Borneo? Bagaimana dengan kebudayaan mereka samakah dengan kita di sini? Bagi anda yang tidak kesempatan atau belum sempat ke Borneo tak perlu risau kini dibawa khas di Suria KLCC

Suria KLCC dengan kerjasama Persatuan Warisan Sabah Sarawak di Kuala Lumpur dan Selangor menganjurkan Festival Borneo Antarabangsa yang bermula dari 12- 14 Jun 2019.

dav

Pelbagai gerai gerai yang ada menjual produk-produk atau hasil kraftangan yang dibuat dari Sabah dan Sarawak. Festival ini juga mengadakan pelbagai aktiviti menarik buat para pengunjung sempena festival ini. Diantaranya adalah memakan ulat sagu, peragaan fesyen, persembahan tarian etnik, demonstrasi menganyam bakul oleh suku Penan dan lain-lain.

 

Pelancaran Festival Borneo Antarabangsa 2019 telah di hadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samaddi dan disaksikan oleh Pengerusi & Penasihat Warisan Sabah Sarawak di Kuala Lumpur dan Selangor , Dr Lawrence John dan Pengerusi Suria KLCC Sdn Bhd, Datuk Hashim Wahir.

Festival Borneo Antarabangsa 2019 diadakan di Suria KLCC bermula dari 12 (Rabu hingga Jumaat) untuk berkongsi tentang kebudayaan dan keunikan budaya dari kepelbagaian etnik di Sabah mahupun Sarawak.

Pada yang meminati produk atau hidangan makan mereka jangan lupa singgah ye dan untuk maklumat lanjut layari https://www.suriaklcc.com.my



1 Comment

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge