Posted in

FENOMENA SAMURAI ROCK, APA YANG BEST?

FENOMENA SAMURAI ROCK

Fenomena Samurai Rock: Gabungan Dua Legenda Search & XPDC Cetak Cop Mohor Sejarah.

FENOMENA SAMURAI ROCK

Dua nama besar dalam sejarah muzik rock tanah air bakal mencipta satu lagi detik bersejarah apabila Konsert Fenomena Samurai menemui peminat pada 13 Disember 2025 di Stadium Sarawak, Kuching.

FENOMENA SAMURAI ROCK

GABUNGAN MANTAP

Hanya dengan menyebut dua perkataan Fenomena dan Samurai khalayak sudah tahu siapa yang bakal menggegarkan pentas. Gabungan kugiran legenda yang sudah mencetak “cop mohor” tersendiri ini semestinya menjadi pertemuan epik yang ditunggu-tunggu peminat.

KENAPA FENOMENA SAMURAI

Search, dengan jenama “Fenomena” yang cukup sinonim dengan perjalanan panjang mereka, dan XPDC, yang menjadi lambang kekentalan “Samurai”, kini bersatu di atas satu pentas buat pertama kali. Dengan barisan pemuzik berpengalaman seperti Din dan Kid mewakili Search serta Izo, Lola, Eddie, Arif dan Mamu mewakili XPDC, konsert ini dijangka menghidupkan kembali semangat rock sebenar yang telah membesarkan generasi demi generasi.

FENOMENA SAMURAI ROCK

BUKAN SEKADAR HIBURAN

Konsert yang dianjurkan oleh Seni Simfoni bersama Bintang Batu Event ini bukanlah sekadar sebuah persembahan hiburan. Menurut penganjur, setiap perincian telah diteliti agar kualiti bunyi, pemilihan muzik dan persembahan keseluruhan berada pada piawaian tertinggi. Kredibiliti dua kugiran yang telah menjadi gergasi muzik sejak era 80-an dianggap sebagai amanah besar yang perlu dijaga, sekaligus menjadikan Fenomena Samurai lebih daripada sekadar konsert biasa.

Bagi pihak Search, Din menyifatkan konsert ini bukan sahaja tentang nostalgia, tetapi juga sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang setia sejak dahulu hingga kini. Lagu-lagu malar segar yang penuh dengan kisah perjuangan, sepak terajang, serta perjalanan penuh warna akan kembali mengisi ruang stadium, mengingatkan peminat tentang kekuatan muzik rock yang tidak pernah lapuk ditelan zaman.

FENOMENA SAMURAI ROCK

HARGA TIKET

Harga tiket ‘early bird’ bermula daripada RM90 (BRONZE) hingga RM250 (VIP) sudah pun ditawarkan melalui pautan rasmi fenomenasamurai.ubertickets.asia. Selepas itu, tiket akan dijual pada harga biasa iaitu RM129 (BRONZE) hingga RM359 (VIP).

Dengan barisan kugiran lagenda, stadium megah sebagai lokasi, serta ribuan peminat yang pasti hadir, Konsert Fenomena Samurai menjanjikan sebuah malam penuh energi, emosi dan sejarah.

Bagi peminat tegar Search dan XPDC, inilah masa yang ditunggu-tunggu. Kerana di pentas inilah gelombang fenomena akan benar-benar tercipta.

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *