FAZURA X MUHAYYA – KOLABORASI TELEKUNG EKSKLUSIF, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bulan Ramadan bulan yang mulia ini, bulan yang ditunggu oleh umat Islam.
Bulan yang dikasihi dan ditunggu-tunggu buat pelakon dan usahawan terkemuka – Fazura.
FAZURA X MUHAYYA
Nur Fazura Sharifuddin memperkenalkan koleksi telekung Fazura X Muhayya, kolaborasi ekslusif bersama Datuk Professor Dr. Che Muhaya Haji Mohamad.
“Alhamdulilah, syukur ke hadrat ilahi kerana termakbulnya hasrat Faz.
Hasrat untuk berkolaborasi bersama insan yang Faz kasihi iaitu Bonda Muhaya.
Kolaborasi untuk koleksi telekung bersama jenama beliau, Muhayya Magical.
2 KOLEKSI TELEKUNG
“Koleksi Fazura × Muhayya ini menampilkan dua koleksi.
Rindu Ramadan dan Sayang Syawal yang terdiri dari pelbagai warna-warna yang menarik sempena bulan Ramadan.
Bukam setakat Ramadan tetapi juga musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.”
-ujar Fazura.
KOLEKSI TELEKUNG RINDU RAMADAN
Koleksi Telekung Rindu Ramadan yang didatangkan dalam 8 warna untuk Fazura X Muhaya.
Ianya menggabungkan rekaan berkualiti yang mudah disarung tanpa perlu mengikat tali di kepala.
Dengan gaya eksklusif, mewah dan menawan ternyata akan mengindahkan lagi ibadah Ramadan.
Para Muslimah ketika mengadap ALLAH S.W.T, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.
MATERIAL DUBAI FURAN
la diperbuat daripada material Dubai furan yang selesa, sejuk. Selain itu tidak jarang dengan kemasan ‘pleated’ di bahagian kain bawah dan hiasan di bahagian badan.
Gaya fesyen ‘minimal’ dengan sentuhan elegan menyerlahkan lagi rekaan telekung ini.
Terutamanya tumpuan mata pada sulaman logo MF yang dihiasi batu Kristal Swarovski yang membuatkannya kelihatan eksklusif.
REKAAN FISHTAIL
Manakala di bahagian belakang telekung pula dihiasi pula dengan rekaan ‘fishtail’ yang bergaya.
Kain bawah didatangkan bersama dua poket di sebelah kiri dan kanan.
Memudahkan para Muslimah menyimpan barangan kecil tanpa perlu membawa tas tangan.
TELEKUNG SAYANG SYAWAL
Di hening pagi Syawal yang syahdu, para Muslimah boleh menggayakan Telekung Sayang Syawal.
Diperbuat daripada premium satin bersama kain bawahnya yang menggunakan material ‘pleated’ Dubai fursan.
Telekung ini mempunyai dua poket di kiri dan kanan kain dan rekaan ‘fishtail’ di bahagian belakang.
POTONGAN ‘A’- LINE
Keunikan telekung in adalah kain bawah yang direka khas berpotongan fesyen ‘A’-line’.
Menyerlahkan lagi gaya si pemakai. la selesa, ringan, sejuk dan tidak jarang.
SULAMAN LOGO MF
Selain daripada hiasan batu kristal Swarovski di sulaman logo MF. Ia juga diletakkan di bahagian keliling leher supaya nampak lebih elegan.
Dengan 10 warna yang eksklusif untuk para Muslimah. Kelihatan lebih anggun dan menawan ketika menunaikan solat Aidilfitri bersama keluarga tersayang.
Dapatkan koleksi ini bermula 25 Mac (Rindu Ramadan) dan 8 April (Sayang Syawal) ini.
Website Fazbulous | Website Muhayya |