Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Faber-Castell Malaysia Melancarkan Kempen Kembali ke Sekolah|Faber-Castell Malaysia melancarkan Bas Kembali ke Sekolah (Back-to-School Bus) dengan Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 baharu sempena Kempen Kembali ke Sekolah yang kini sedang berlangsung hingga awal Januari 2019.
Bas Kembali ke Sekolah dari Faber-Castell Malaysia yang akan ditempatkan di semua kedai buku, pasaraya dan pasaraya besar terkemuka di seluruh negara menjadi daya penarik dalam kalangan pelanggan dengan inovasi produk terkininya dan peragaan yang menarik.
Dilengkapi dengan komponen 3D yang menarik, bas sekolah Kembali ke Sekolah tersebut menampilkan beraneka jenis produk alat tulis terkini dari Faber-Castell dan pek promosi yang memberi nilai bagi wang pelanggan.
Lebih menarik lagi, ia turut menyertakan sorotan produk utamanya iaitu Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 yang diperagakan bersama contoh karya mewarna yang mengagumkan hasilan daripada pensel warna Faber-
Castell.
“Bas Kembali ke Sekolah yang direka khusus oleh Faber-Castell ini membuktikan komitmen jenama ini untuk berinovasi dalam memberikan pengalaman membeli-belah yang unik kepada para pelanggan. Dengan pelancaran Bas Kembali ke Sekolah oleh Faber-Castell, kami menyasarkan bukan sahaja untuk memperkenalkan inovasi produk terkini dari Faber- Castell, tetapi kami juga berharap dapat memeriahkan mood pengguna dalam persediaan untuk menghadapi tahun persekolahan yang baharu,”
-Ivy Leong, Pengurus Pemasaran Faber-Castell Malaysia
Sempena Kempen Kembali ke Sekolah ini, Faber-Castell Malaysia turut menganjurkan peraduan ‘Spot, Snap & Win’ yang kini sedang berlangsung hingga 6 Januari 2019.
Rebutlah peluang untuk menjadi salah seorang daripada 40 pemenang untuk memenangi hadiah tunai RM150 dan produk-produk Faber-Castell bernilai RM80 berserta sekotak Slim- Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 &48 yang direka khas untuk anda!
Anda hanya perlu mengambil gambar yang kreatif dengan mana-mana peragaan Bas Kembali ke Sekolah Faber-Castell dan memuat naik gambar tersebut di Facebook berserta hashtag #FaberCastellBacktoSchool.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Kembali ke Sekolah Faber-Castell Malaysia dan program CSR 2018, layari
Facebook Faber-Castell Malaysia : https://www.facebook.com/fabercastell.malaysia