ESTRANGED DENGAN ” APA KHABAR TEMAN ” DI PERSADA JOHOR, BEST?

ESTRANGED DENGAN ” APA KHABAR TEMAN ” DI PERSADA JOHOR, BEST?| Kalau rindu untuk ke temu, apa kata ke konsert Estranged di Persada Johor!

Bertahun tidak menyapa peminat secara langsung bukan bererti Estranged sudah hilang dari radar.

ESTRANGED

Sebaliknya pemenang Anugerah Juara Lagu ke-22 menerusi lagu Itu Kamu dalam kategori Pop Rock tersebut punya projek yang dilaksana penuh teliti sebelum kembali bertemu peminat.

Kini setelah tujuh tahun tidak aktif di semenanjung, Estranged punya sesuatu yang baharu untuk diperkenal lalu diraikan bersama peminat mereka.

KONSERT ESTRANGED APA KHABAR TEMAN?

Lewat Konsert Estranged Apa Khabar Teman? kumpulan rock yang dianggotai Rich (vokalis), Din (gitar) dan Hanafi (gitar) .

Bakal mengembalikan keghairahan dan mengisi dahaga untuk melihat persembahan secara langsung mereka.

TEMA KONSERT KALI INI

Membawa tema Hancur Aku yang diambil dari hit lagu sama menerusi album Sepenuhnya Vol. 1, Konsert ini akan dilaksanakan pada 3 Februari 2024 di Persada Johor, Johor Bahru.

DIANUGERAHI DKD

Merupakan inisiatif yang digerakkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan Estranged.

Menjadi salah sebuah kumpulan yang dianugerahi DKD menerusi Estranged Sdn Bhd oleh MyCreative Ventures Sdn Bhd.

INSIATIF DKD

Inisiatif DKD oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dilaksana untuk memudahkan dan menggalakkan penggiat industri kreatif.

Dalam penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan yang kreatif serta mengoptimumkan potensi industri kandungan kreatif dalam pasaran domestik dan global.

MOMEN YANG SANGAT DINANTIKAN

“Selepas tujuh tahun tidak aktif terutama di Semenanjung, kembali menyapa peminat kami dengan Konsert Estranged Apa Khabar Teman? adalah momen yang sangat dinantikan.

“Ada banyak perkara yang kami ingin kongsikan. Ia lebih daripada sekadar pertemuan biasa tetapi tentang nilai persahabatan yang telah terjalin di antara kami serta peminat Estranged.

IMEJ BUNYIAN BAHARU

“Menerusi Konsert Estranged Apa Khabar Teman? kami mahu memperkenalkan imej atau bunyian baharu dari Estranged kepada semua.

“Inilah (bunyian baharu) yang kami usahakan sepanjang tidak aktif termasuk sewaktu dunia dilanda pandemik dan akhirnya sedia untuk diperkenalkan kepada semua.

MEDAN PERTEMUAN DENGAN SEMUA

“Kami juga mahu konsert ini menjadi medan pertemuan Estranged dengan peminat lama dan punya keinginan atau misi mengumpul peminat dalam kalangan pendengar baharu.

HARAPAN UNTUK KONSERT

“Justeru besar harapan kami agar ‘misi’ pada 3 Februari 2024 nanti terlaksana .

Terima kasih kepada DKD atas inisiatif yang dilakukan sekaligus membawa Estranged kembali ke Selatan untuk bertemu peminat di sana,” ujar Rich.

SEISI BERKENALAN DENGAN INSTRUMEN

Pada pertemuan penuh bermakna itu juga, Rich memaklumkan agenda istimewa yang akan dipersembahkan.

Selain sesi nostalgia bersama untaian lagu kami adalah sesi ‘berkenalan’ dengan instrumen instrumen tradisional dan kebudayaan serta warisan etnik keluarga Borneo.

TERUJA UNTUK BERKONGSI WARISAN ETNIK INI

“Kami juga sangat teruja untuk memperkenalkan instrumen instrumen tradisional dan kebudayaan serta warisan etnik keluarga Borneo serta sahabat sahabat barisan artis dari Sabah dan Sarawak.

“Ini sesuatu yang sangat istimewa untuk kami tampilkan pada konsert nanti di Persada Johor nanti,” kata Rich lagi.

Untuk itu jangan sampai terlepas temu janji anda yang bakal diadakan pada 3 Februari 2024 di Persada Johor.

HARGA TIKET

Tiket-tiket akan mula dijual pada 27 November 2023 dengan harga early bird untuk minggu pertama sahaja – Itu Kamu (139) dan Odoi (RM89).

Manakala harga normal iaitu kategori Itu Kamu (RM149), Odoi (RM99) serta Meet & Greet + merchandise (RM300) – 100 pembeli tiket sahaja.

Credit photo : MaestroMedia

Website Tiket|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge