ESKAYVIE I-QIDS BANTU TINGKATKAN PERKEMBANGAN OTAK MINDA FOKUS DALAM PEMBELAJARAN | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dalam dunia yang semakin bergerak pantas ini dengan kepelbagaian teknologi yang semakin maju, menguruskan pembelajaran anak boleh jadi begitu mencabar dan semakin sukar. Lebih-lebih lagi dengan pelbagai anasir luar yang menjadikan ketagihan anak pada game dan telefon bimbit kadang kala ada menimbulkan rasa nak putus asa.
Jauh di sudut hati nak salahkan pandemik dan perintah berkurung menjadikan anak terbatas aktiviti hariannya dan terkurung di rumah sebelum ini ketika sekolah tak dapat diteruskan seperti biasa menjadikan anak lebih menghabiskan masa dengan telefon berbanding menghadap buku.

Anak Semakin Kurang Minat Belajar
Anak KP jadi semakin kurang minat belajar sebab banyak subjek yang ketinggalan ketika PdPR sebelum ini. Memang KP akui banyak sebenarnya kekurangan pembelajaran secara atas talian ni kerana kurangnya interaksi pelajar dengan guru.
Kalau pelajar universiti tu lain cerita ya. Ni untuk pelajar yang sekolah rendah. Mereka kurang berminat dengan pembelajaran secara online dan sukar untuk bertanya soalan lebih-lebih lagi bagi subjek yang mereka tidak fahami.
KP pula tak dapat nak pantau sepenuhnya sebab masing-masing bekerja ketika itu jadi agak sukar untuk anak nak dapat rentak semula dalam aktiviti pembelajaran. Ia sememangnya menjadi satu cabaran besar buat kami sebagai ibu bapa.
Kurangkan Penggunaan Gajet

Jadi selepas negara kita masuk ke fasa endemik dan sesi persekolahan diteruskan seperti biasa, apa yang kami lakukan adalah kurangkan masa anak lelaki kami dengan gajet dan telefon. Kami terpaksa buat begitu untuk pastikan dia fokus dalam pembelajaran.
Nak atau tidak, anak terpaksa akur sebab pelajarannya agak merosot. Waktu bermain game juga kami kawal tempoh masanya. Jika sebelum ni seharian bermain game tapi kini kami hanya hadkan 1 hingga 2 jam sahaja.
Kami juga terpaksa menghantarnya mengikuti kelas tuisyen untuk dia catch up semula mata pelajaran yang tertinggal semasa PdPR dulu. Itu sahaja cara untuk kami pastikan pembelajaran meningkat semula dan tidak leka dengan telefon dan game semata-mata.
Pengalaman Dibuli Di Sekolah
Pengalaman dibuli di sekolah juga menambah cabaran kami kerana anak hampir tidak berminat ke sekolah dan pengalaman berada di sekolah bukan lagi perkara mengujakan buatnya.
Mana taknya, masuk Tingkatan Satu, sekolah baru, guru baru dan suasana baru menjadikannya tidak biasa dengan suasana di sekolah.

Lebih-lebih lagi memang diajar dari kecil jangan bergaduh atau melawan. Bila pulang muka ceria tapi bila nak ke sekolah pelbagai alasan diberikan.
Untuk mendapatkan keyakinan yang tidak akan DIBULI, setiap hari apabila pulang pasti bertanya apa yang dilakukan di sekolah.
Alhamdulilah, hari demi hari dengan menyelami hatinya kami berjaya mengenalpasti segala permasalahan yang timbul.
Anak Terpilih Jadi Pengawas Sekolah
Baru-baru ini anak terpilih menjadi salah seorang ahli pengawas sekolah dan sekaligus dapat kembalikan keyakinannya. Sebagai seorang ibu, pastinya KP berasa lega dan bersyukur kepadaNya.
Cuma buat masa ini yang perlu dititik beratkan adalah pelajarannya. Dia perlu lebih fokus dalam pembelajaran dan kurangkan bermain game agar mencapai keputusan cemerlang dalam pembelajarannya.


Sebagai ibu bapa pada zaman mencabar ni, memang bukan mudah nak besarkan anak-anak. Apatah lagi ketika zaman semuanya di hujung jari, kita memang tak boleh nak elak terutamanya anak di usia pre-teen untuk ada telefon bimbit. Jadi, kita perlu pantau dengan siapa dia berkawan dan apa yang dia tengok.
Pilihan Makanan Terbaik Untuk Perkembangan Minda

Sebagai ibu, KP akan pastikan anak mendapat nutrisi yang sebaiknya supaya anak kekal bertenaga, lebih fokus dan cerdas dalam pembelajaran serta cergas melakukan aktiviti seharian. Setiap hari KP akan sediakan sarapan pagi yang lengkap dan seimbang untuk anak ambil.
Beberapa kajian juga menunjukkan kegiatan tidak bersarapan mengakibatkan kesan gagal memberi sepenuh perhatian ketika di dalam kelas kerana perut yang dalam keadaan lapar.
KP akui memang sukar kita nak sediakan makanan yang sempurna tapi sebenarnya ada cara lain yang boleh dilakukan. Kita boleh ambil makanan tambahan dan suplemen tambahan untuk melengkapi nutrisi yang kurang di dalam badan anak kita bagi memastikan mereka lebih cergas sepanjang hari.
Antaranya adalah produk terkini keluaran Eskayvie iaitu Eskayvie i-Qids yang diformulasikan oleh doktor perubatan, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri. Ianya halal, selamat dan berkesan kerana menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Eskayvie i-Qids menggunakan 6 bahan nutrisi utama iaitu Phosphatidylserine (Serine), Alpha Linolenic Acid (ALA), 22 Buahan & Sayuran, Moringa, Prebiotik, Multivitamin & Mineral untuk otak yang sihat dan minda yang cerdas kanak-kanak seawal umur 2 tahun dan ke atas. Rasanya juga sangat sedap berperisa coklat dan amat mudah diamalkan.
Manfaat Eskayvie i-Qids
- Membantu menguatkan ketahanan tubuh badan
- Membekal pelbagai faktor imun yang kuat
- Membantu menggalakkan perkembangan dan tumbesaran
- Membantu menyokong perkembangan sistem saraf
- Menyokong memori dan daya tumpuan
- Menggalakkan kebolehan minda dan kebijaksanaan
- Menyokong prestasi sekolah dan pembelajaran
- Membantu mengawal keadaan hiperaktif
- Membantu membina tulang dan gigi yang kuat
- Membantu menyihatkan sistem pencernaan
- Menggalakkan tidur yang lebih lena
Testimoni Pengguna Eskayvie i-Qids



Ramai ibu bapa yang dah cuba amalkan i-Qids untuk anak-anak mereka dan ramai anak-anak yang telah menunjukkan perubahan yang baik selepas amalkannya. Dari anak yang leka dengan telefon kini dah semakin minat dengan pelajaran. Anak yang dahulunya pendiam kini lebih bersemangat ke sekolah dan mula bergaul dengan rakan sekelas dan banyak lagi lah.

Korang yang masih lagi tercari-cari suplemen tambahan untuk diberikan kepada anak untuk perkembangan otak dan minda mereka, apa kata cuba Eskayvie i-Qids ni. Mana tahu dengan ikhtiar korang ni anak korang akan tunjukkan perubahan yang baik. Korang juga yang gembira nanti kan? Heee….
Korang yang berminat boleh pergi ke laman web rasmi dan media sosial Eskayvie i-Qids untuk dapatkannya. Harganya juga sangat berpatutan ya.
Website: www.iqids.com.my
Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_
Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official
Dah cuba Eskayvie i-Qids ni? Kongsikan kat bahagian komen ya.
