Berlangsung dengan meriah Ekspo Pengguna Malaysia 2024 (MYCE 2024).
EKSPO PENGGUNA MALAYSIA 2024 [MYCE]
Ekspo Pengguna Malaysia 2024 (MYCE 2024) telah dibuka dengan rasminya hari ini di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), menandakan satu lagi pencapaian penting dalam landskap perdagangan Malaysia.
KERJASAMA ANTARA
Ekspo yang julung kali diadakan ini merupakan hasil kerjasama antara Malaysia Guangdong Import & Export Chamber of Commerce (MGIECC) dan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), dengan sokongan Guangdong Chamber of Commerce of Importers & Exporters (Malaysia Service Center).
TEMA EKSPO PENGGUNA MALAYSIA 2024
Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam telah merasmikan ekspo ini yang mengetengahkan tema “Barangan dan Produk Budaya Islam”. Menyaksikan penyertaan lebih 150 pempamer dari dalam dan luar negara.
TUJUH SEKTOR UTAMA MYCE 2024
Untuk tahun ini, MYCE memfokuskan tujuh sektor utama terdiri daripada
– Barangan pengguna pantas [FMCG]
– Peralatan sukan
– Fesyen kediaman
– Mesin layan diri
– Produk kecantikan
– Kelengkapan haiwan peliharaan
– Elektronik 3C dan peralatan rumah
BUKAN SEKADAR PAMERAN PERDAGANGAN
“MYCE 2024 bukan sekadar pameran perdagangan biasa, tetapi merupakan platform strategik yang menghubungkan PKS tempatan dengan pasaran global, sambil mengetengahkan kekayaan budaya Islam dalam konteks perniagaan moden.”
-Ketua Pegawai Eksekutif MGIECC
Pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik termasuk forum industri, pameran budaya, pelancaran produk baharu dan sesi interaktif bersama pengguna. Sesi padanan perniagaan satu-ke-satu turut diadakan untuk memudahkan PKS tempatan membina rangkaian perniagaan antarabangsa.
Ekspo ini dibuka kepada orang ramai dari 17 hingga 19 Disember 2024, bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Kemasukan adalah percuma untuk semua pengunjung.