EJEN ALI MUSIM KE TIGA DI DISNEY+ HOTSTAR BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Siapa peminat Ejen Ali sini? Pasti dah tonton filem dan jugar siri animasi yang dimainkan di kaca TV.

EJEN ALI

Siri animasi kegemaran rakyat Malaysia kembali dengan musim ketiga . Disiarkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar mulai 25 Jun ini.

EJEN ALI MUSIM KE TIGA

Dalam Ejen Ali Musim 3, Ejen Ali dan rakan-rakannya Ejen muda dari Akademi MATA disatukan semula dalam sebuah pertandingan rahsia di Arena MATA. Ali tekad untuk mengikuti jejak langkah ibunya selaku juara Arena MATA.

Namun menghadapi cabaran sukar untuk kekal bersaing tanpa bergantung pada alat gajet IRIS apabila bertemu dengan Ejen Antarabangsa yang jauh lebih berkemahiran tinggi.

Ketika berlangsungnya pertandingan Arena, sebuah rancangan rahsia musuh dalam selimut muncul untuk menjatuhkan MATA. Berpotensi melumpuhkan bandaraya futuristik Cyberaya.

SIAPA NUMEROS?

Kumpulan penjahat Numeros kembali untuk membalas dendam di atas kehilangan ketua mereka Uno. Membuatkan Ejen terbaik MATA, Rizwan (Azman Zulkiply), bertindak berseorangan untuk membongkar komplot bahaya mereka.

Dalam sebuah langkah yang mengejutkan, Rizwan bekerjasama dengan bekas ahli Numeros, Dos (Nurul Radhiah Ibrahim) untuk membongkarkan rancangan licik Numeros.

KETENGAHKAN MODEN TEKNOLOGI

Terkenal dengan dunia penceritaan yang inovatif dan animasi berkualiti tinggi. Francais animasi Ejen Ali juga berjaya mengangkat pengaruh kepelbagaian budaya di Malaysia.

Mengetengahkan teknologi moden yang digabungkan pelbagai elemen tradisional Malaysia dan serumpun. Antaranya adalah penggunaan unsur gasing dan kerambit sebagai gajet yang baru, serta seni mempertahankan diri silat.   

KERJASAMA DENGAN WAU ANIMATION

“Kami sangat berbesar hati apabila berpeluang bekerjasama dengan WAU Animation untuk menghasilkan musim terbaru siri animasi popular Ejen Ali dan memperkenalkannya kepada penonton Disney+ Hotstar di serantau Asia Tenggara.

Musim terbaru ini merupakan langkah kami untuk berkongsi pelbagai kandungan hebat tempatan dengan penonton di seluruh dunia.

Kami juga sungguh teruja untuk melihat reaksi penonton dan khususnya peminat setia yang mengikuti misi Ejen Ali dan ejen-ejen baru apabila ia akan ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar pada bulan ini!”

kata Ahmad Izham Omar, Ketua Kandungan dan Kreatif, Asia Tenggara & Indonesia, Syarikat Walt Disney.

BANGGA SAJIKAN DI DISNEY+ HOTSTAR

“Kami berbangga untuk menyajikan Ejen Ali, siri animasi tempatan yang dinantikan ramai kepada penonton serantau bersama Disney+ Hotstar.

Usahasama ini mencerminkan nilai tinggi yang kami diletakkan pada  kolaborasi penghasilan kandungan demi memperluaskan jumlah penonton di dalam dan luar Malaysia.

Kami yakin penonton Disney+ Hotstar bakal terhibur dengan jalan penceritaan menarik yang dibawakan oleh WAU Animation yang terdiri dari pengkarya kreatif yang sangat berbakat.

Berharap animasi tempatan yang menampilkan pelbagai suara dan rupa Asia ini akan memberi inspirasi kepada  penonton setia dan penonton baharu. Menerokai kandungan meluas yang boleh didapati di Rangkaian Televisyen Media Prima.

Agar penonton di luar Malaysia turut terhibur dengan kandungan kami yang tersedia di Disney+ Hotstar,”

-kata Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima.

EFEK VISUAL

Penonton bakal disajikan aksi yang hebat serta efek visual yang menakjubkan dalam jalan penceritaan siri Ejen Ali musim ini.

Noorhayati Maslini, Azi Shafian dan Azman Zulkiply kembali mendukung watak asal mereka, manakala Usamah Zaid, Pengarah dan Ketua Penulis Skrip

Bersama Shafiq Isa, Pengarah Kreatif dan Suara, turut meminjamkan suara mereka bagi beberapa karakter di dalam siri ini.

BUKTI WAURIORS HEBAT!

“Kami sangat teruja untuk melihat Ejen Ali berada di pentas dunia, terutamanya di platform Disney+ Hotstar yang mempunyai pengikut animasi yang setia.

Seperti ramai, pandemik ini telah menyebabkan kami harus bekerja dari rumah untuk menjalankan produksi Musim 3 ini. Percaya ini adalah bukti bahawa WAUriors yang hebat mampu mencapai kejayaan penting bersama-sama Disney+ Hotstar!

Memandangkan animasi merupakan medium sejagat bagi orang ramai, terutamanya penonton muda, apabila mereka melihat karakter yang menyerupai mereka di layar skrin.

Kami berharap kami berjaya memperkenalkan model yang positif untuk mereka contohi. Terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong kami sehingga ke hari ini!”

-Usamah Zaid Yasin, Pengarah Ejen Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation 

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge