Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Eat Sushi Sunway Giza, Kota Damansara Buat Penggemar Sushi| Sushi ! siapa penggemar sushi mohon angkat tangan? Anda boleh geng dengan anak KP [Irfan Idham]. Berpinggan- pinggan ya boleh sekali ngadap nak makan. Ini diantara menu bulanan yang ada dalam list kami. Bermula dari makan California Hand Roll terus berjinak dengan menikmati sushi pelbagai rasa.
Eat Sushi
Sejak 2009 lagi sudah bertapak di dalam industri makanan. Mempunyai 6 buah restoran di Australia termasuklah yang terbaru di Malaysia. Di Malaysia, Eat Sushi merupakan restoran SUSHI pertama yang dibuka luar dari Australia terletak di Sunway Giza, Kota Damansara.
Mungkin ada yang bertanya apakah ada kelainan memandangkan ianya bukan dari negara Jepun? Jangan risau, penyediaannya sama saja seperi sushi dari sana dimana perkhidmatan berorientasikan Jepun. 
Dekorasi
Dekorasi yang minimalist dan terasa berada seperti di negara matahari terbit. Bak kata mereka simple dan cantik. Ada 2 ruang untuk menjamu selera sama ada di ruang luar ataupun di dalam dimana ada sushi bergerak atas conveyer. Boleh ke nak buat jamuan mahupun event secara tertutup? Boleh jawabnya. Di sini ada ruangan khas di aras atas. Boleh memuatkan dalam 50-60 orang pada satu masa.
Hidangan
Pasti ramai yang tertunggu-tunggu hidangan yang ada di sini. Ini adalah diantara yang sempat KP rasa sewaktu nikmati bersama rakan rakan yang lain.

Unagi Rainbow Maki
Wajib ada unagi lah kan! Yang memberi kelainan adalah krim cheese diatasnya
Grill Salmon Rainbow Maki
Peminat salmon patut cuba. Selain salmon di grill siap disusun dan diserikan dengan sos istimewa.
Tempura Sushi Maki
Dari nama pasti dah tahu hidangannya kan? Tempura di goreng rangup dengan tepung tempura istimewa.
Avocado Rainbow Maki
Untuk yang mencari hidangan sihat apa kata cuba yang ini! Hirisan avocado di letakkan di atas untuk menaikkan rasa keenakkanya.
Grill Hotate Rainbow Maki
Nama hidangan power seperti bahan yang digunakan. Dihidangkan crabstick salad bersama scallop panggang. Amacam boleh bayangkan tak rasa dia macam mana? Yummy
Egg Rainbow Maki
Yang ini pasti menjadi hidangan ulangan untuk Irfan dimana ada telur diatasnya. Jadi secara tak langsung memang sedaplah kan.
Harga
Makan-makan juga, pasti ada yang tertanya mahal tak? Dari Australia kan ? Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan berbaloi ye. Berpatutan dengan kualiti sushi yang dihidangkan .Macam biasa setiap harga di caj mengikut warna piring
Biru – RM2.80
Hijau – RM3.80
Kelabu – RM4.80
Apa macam? Takkan nak tengok saja. Jom lah ke Eat Sushi di Sunway Giza, Kota Damansara. Di buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Musim PKPB ini masih dibuka. Ikut SOP ya seperti scan suhu, scan QR Code, guna santizier dan paling penting penjarakan fizikal. Untuk maklumat lanjut layari



















All the sushi looks really tempting. Would love to try them. 🙂
Tekkaus recently posted…Dinner At Southern Court Chinese Restaurant of Bayview Hotel Melaka