Dogz of Oz Tour, Toto bakal beraksi di Malaysia dan tiket mulai dijual pada 21 Mac 2025.
DOGZ OF OZ TOUR
Peminat muzik rock di Malaysia bakal disajikan dengan persembahan luar biasa daripada kumpulan lagenda Amerika Syarikat, Toto. Bakal mengegarkan pentas Arena of Stars, Resorts World Genting pada 1 Mei 2025. Konsert ini merupakan sebahagian daripada Dogz of Oz Tour dianjurkan oleh UnUsUaL Entertainment.

DITUBUH SEJAK 1977
Sejak penubuhannya pada tahun 1977, Toto terus menjadi antara kumpulan paling berpengaruh dalam dunia muzik dengan lagu-lagu ikonik sperti Africam Rosanna, I’ll Be Over You dan Hold The Line. Karya-karya mereka masih kekal releven hingga kini dan lebih 6 billon penstriman di pelbagai platform digital.
Lagu Africa telah mencatat lebih daripada 2 billion penstriman di Spotify. Sementara Hold The Line telah distrim lebih 1 billion kali.
AHLI KUMPULAN
Dalam konsert ini, peminat akan disajikan dengan persembahan hebat daripada barisan ahli kumpulan. Terdiri dari Steve Lukather [gitar &vokal], Joseph Williams [vokal], Greg Philinganes [keyboard & vokal]. Tidak lupa Shannon Forrest [dram], John Piesrce [bass], Warren Ham [saksofon, perkusi, vokal] dan Dennis Atlas [keyboard & vokal].

SIAPA PENDENGAR TOTO?
Statistik menunjukkan bahawa lebih 50 peratus pendengar Toto berusia 34 tahun ke bawah membuktikan bahawa muzik mereka merentas generasi dan masih diminati oleh golongan muda.
Dengan sejarah yang gemilang dan peminat semakin bertambah, Toto terus mengukuhkan status mereka sebagai salah satu kumpulan rock paling ikonik sepanjang zaman.
HARGA TIKET
Harga tiket ditetapkan seperti berikut mulai di jual pada 21 Mac

RM 988 – VIP
RM 788 – PS1
RM 588 – PS2
RM 388 – PS3
RM 188 – PS4
*Tertakluk kepada caj pemprosesan RM4
Website Tiket | Website TotoOfficial
