Dengan MEITU Apps Hasilkan Foto Kenangan Aidilfitri Yang Mengagumkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dengan MEITU Apps Hasilkan Foto Kenangan Aidilfitri Yang Mengagumkan |Serlahkan foto Hari Raya Aidilfitri anda, dan jadikan kenangan Syawal tahun ini yang terindah. Bermula dari 11 hingga 30 Jun, Meitu, Inc. (Meitu), penerbit aplikasi peningkatan foto Cina, akan melancarkan empat tema Hari Raya yang sangat istimewa untuk ciri-ciri yang paling popular; kesan Realiti Berperantara (AR), Meitu Artbot, pelekat dan bingkai perayaan. Tersedia untuk masa yang terhad sahaja, ciri-ciri menarik ini akan membebaskan kreativiti dan imaginasi pengguna, sambil menambah sentuhan ceria ke foto dan video mereka.

Gunakan fungsi Meitu Apps seperti kesan AR dalam video anda untuk menangkap ‘ketupat’ yang sedang jatuh atau tambahkan beberapa &ketupat& yang berwarna-warni ke dalam swafoto anda. Pengguna hanya perlu mengaktifkan fungsi AR dan pilih &ketupat& AR. Terdapat juga pelbagai pelekat dan bingkai dengan salam &Selamat Hari Raya& yang disediakan untuk pengguna merekabentuk mesej yang sangat istimewa buat rakan-rakan dan keluarga. Bagi mereka yang sentiasa inginkan potret diri atau keluarga. Antara Meitu Apps lain seperti  Meitu ArtBot Andy adalah ciri yang terbaik untuk tugas itu. Saksikan dengan penuh kagum apabila foto Hari Raya anda dijadikan karya seni digital yang indah untuk disimpan atau dikongsi bersama.


Pengguna juga boleh memperbaiki gambar mereka sebelum menggunakan tema Hari Raya, dengan fungsi sentuhan Meitu Apps yang meningkatkan dan menyeimbangkan gambar untuk penampilan yang sempurna. Semua foto dan video menggunakan ciri Hari Raya Aidilfitri Meitu Apps adalah serasi dan boleh dikongsi dengan mudah melalui Instagram, Facebook dan WhatsApp. Di samping itu, Meitu Apps juga akan menganjurkan cabutan bertuah dalam talian yang menarik, terbuka kepada semua pengguna aplikasinya. Untuk mengambil bahagian, anda hanya perlu memuat naik swafoto yang jelas menggunakan salah satu daripada rangkaian bingkai Hari Raya Aidilfitri Meitu dan #MeituApp pada 19 Jun 2018. Seorang pemenang bertuah akan membawa pulang barangan NYX Cosmetics.

Ciri-ciri &Hari Raya kini boleh didapati melalui  Meitu Apps di sini. Bagi menambah keseronokan para pengguna di Malaysia, Meitu turut melancarkan cabutan bertuah dalam talian secara langsung bermula dari 11 hingga 20 Jun,


Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge