DAKWAH ZAYNE DALAM ‘KAULAH CINTA’ BEST KE? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hmm .. berdakwah dalam lagu, apa kata anda?
Artis berkumpulan baru dalam genre Nasyid dan lagu ketuhanan yang menggelarkan diri mereka sebagai Zayne kini tampil dengan single penuh kedua mereka berjudul Kaulah Cinta.
KUMPULAN ZAYNE
Bagi yang masih belum mengenali Zayne, kumpulan ini dianggotai oleh 4 orang anak muda terdiri dari Matin Muzammil Mohd Ya’acob (25), Abdul Basit Zulkifli (26), Muhammad Furqan Fawwas Salleh Sani (23), dan Ahmad Naufal Azrin (22).
Zayne yang sebelum ini pernah mempertaruhkan lagu berjudul Rindu sebagai single pertama. Kemudian muncul dengan beberapa lagu rakaman semula atau cover version bersama artis tempatan yang lain.
Kini mempertaruhkan single terbaru mereka untuk mendapat tempat di hati peminat.
SINGLE KEDUA
“Alhamdulillah, selepas hampir setahun tidak keluar dengan single penuh disebabkan kekangan wabak Covid-19, akhirnya kami berjaya juga melancarkan single kedua kami ini”
-Ujar Furqan sebagai ketua kumpulan Zayne.
“Kami sangat bertuah apabila kali ini diberi peluang berkolaborasi dengan label produksi arus perdana World Peace Entertainment yang menaungi artis-artis terkenal seperti Naim Daniel dan Ismail Izzani sebelum ini.
Lagu yang diterbitkan bersama Inteam Digital dan World Peace ini bagi kami sangat sesuai dengan kami”
-tambah Mateen menjelaskan mengenai kerjasama antara Inteam Digital dan World Peace Entertainment bagi menerbitkan single Kaulah Cinta.
MUZIK VIDEO
Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Shaqiel Naufal, Firdaus Rahmat & Mas Dewangga ini merupakan sebuah lagu bergenre pop yang berentak rancak dengan susunan muzik oleh Mas Dewangga.
Menurut Firdaus Rahmat, selaku pencipta lagu, proses rakaman hanya mengambil masa 2 hingga 3 jam lebih untuk menyempurnakan lagu ‘’ Kaulah Cinta ‘’.
“Sebelum ini kami sudah keluar dengan single Rindu yang berentak agak perlahan dam sentimental serta beberapa lagu nyanyian semula,
Kali ini kami tampilkan single berentak agak rancak ini supaya lebih sesuai dengan jiwa remaja sambil menghayati mesej dari lagu ini”
-tambah Basit.
Lagu Kaulah Cinta yang telah pun sebulan dilancarkan kini berada di seluruh platform digital seperti Youtube Inteam Digital, Spotify, Deezer, KKBox, Apple Music dan lain-lain.