Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Citarasa Warisan Tema Berbuka Puasa di Riverside PWTC|Restoran Riverside di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tidak melepaskan peluang menawarkan lebih daripada 250 jenis juadah makanan sebagai sajian berbuka puasa sepanjang Ramadhan ini. Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) turut menyediakan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat dengan harga berpatutan. Pakej ini turut menyediakan hidangan bufet, dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, penyediaan ruang solat khas serta kadar parkir tetap bernilai RM5.00 bemula dari jam 6.00 petang.
Selain itu, para tetamu turut boleh menunaikan solat Maghrib, lsyak dan Tarawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman yang terletak Aras 3 PWTC. Segala kelengkapan solat seperti telekung bagi kaum muslimah dan sejadah disediakan khas buat para tetamu. Pasukan chef PWTC yang diketuai Eksekutif Chef, Suzaini Mohamed Salih akan menghidangkan menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar juadah setiap minggu.
Antara menu Citarasa Warisan yang dihidangkan adalah Ayam Kampung Kerisik dan Betik Muda, Ayam Gulai Minang dan Daun Salam, Ikan Patin Tempoyak denganTimun Tua, Ayam Brastagi, Ikan Tenggiri Masak Kari Hijau dengan Terung Telunjuk, Siput Sedut Masak Lemak Kuning, Pegaga dan Daun Kaduk serta Daging dan Paru Kari Kawah.
Nasi Kandar pun ada, tak perlu lagi ke Utara untuk menikmatinya
Yang ini untuk nasi kerabu pula
Kerabu kacang botol
Tempe, ikanbilis sambal
ikan masin
Ulam- ulaman dan salad. Nampak tak jantung tu dengan daun pucuk ubi
Kambing Masak Kari Utara
Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk,
Bubur Lambuk dan aneka bubur manis
Lemang jagung dan lemang pulut hitam
Istimewanya di Citarasa Warisan terdapat ‘Carving Station’ bakal menyediakan kambing panggang setiap hari. Kambing panggang dihidangkan dengan sos Iada hitam dan sos cendawan pasti mampu membuka selera ramai.
Satay ayam dan daging
Untuk hidangan manisan dan pencuci mulut sewaktu buka puasa di Citarasa Warisan pelbagai jenis hidangan dari jenis kuih-muih tradisional, kek berperisa, pai dan pastry jua, “mousse & pudding’, aneka biskut Melayu dan pelbagai lagi.
Apalah berbuka jika tiada minuman sejuk dan panas yang menyediakan air tebu, air mata kucing, air sirap, air barli, air batu campur, aiskrim, kopi tarik dan teh tarik.