Brïk Rai Ulang Tahun Pertama Dengan Pelancaran Koleksi Terbaru Chroma Posh Tote Brïk
CHROMA POSH TOTE Brïk
Jenama tas tangan tempatan, Brïk meraikan ulang tahun pertamanya hari ini dengan acara meriah yang menampilkan pelancaran siri ‘Chroma Posh Tote’.
Bukan satu atau Dua tetapi 21 seleksi warna dan rekaan terbaru yang dinanti-nantikan buat para peminat setia. Ulang tahun telah diadakan di The Rooftop, Avenue K, Kuala Lumpur, mempamerkan gabungan harmoni gaya, fungsi dan penglibatan komuniti.
SIAPA MEREKA?
Diasaskan oleh dua pasangan adik beradik iaitu Amirrul dan Nashrul serta Brina dan Kira, amat berbangga dengan apa yang telah mereka capai. Teruja untuk terus berkembang dan mengembangkan jenama mereka.
SETIAP REKAAN ADA CERITA DISEBALIKNYA
Sememangnya, Brïk telah menjadi sinonim dengan kualiti, inovasi, dan estetika abadi. Daripada koleksi Chérie yang ikonik kepada barisan Chroma yang lebih besar, setiap ciptaan menceritakan kisah keghairahan dan dedikasi.
Mengimbas kembali pencapaian setahun Brïk, salah seorang dari pengasasnya, Brina, melahirkan rasa terima kasih atas perjalanan yang luar biasa.
VISI Brïk
“Visi kami adalah untuk mencipta tas tangan yang memberi inspirasi kepada keyakinan dan memperkasakan wanita. Sambutan daripada komuniti kami amat menggalakkan.”
-kata Brina
21 KOLEKSI TAS TANGAN BARU
Sempena ulang tahun pertama mereka, Brïk melancarkan 21 koleksi tas tangan baharu dalam pelbagai warna, material dan reka bentuk, yang dicipta khas untuk peminat setia dan pencinta fesyen mereka.
CHROMA POSH TOTE
Chroma Posh Tote diperbuat daripada bahan premium dan berkualiti tinggi. Tote serba guna ini direka untuk semua demografi, menggabungkan bentuk dan kepraktisan dengan selari. Membolehkan semua orang mempamerkan gaya mereka dengan mudah.
REKA BENTUK ANGGUN
Bahagian dalamannya yang luas memuatkan keperluan harian, manakala reka bentuk anggun memastikan ia melengkapkan mana-mana gaya fesyen – daripada gaya kasual kepada keanggunan profesional.
PETITE CHROMA CROSSBODY BEG
Melengkapi Chroma Posh Tote, Brïk memperkenalkan Petite Chroma Crossbody Beg, versi mini Chroma yang paling laris. Beg kompak ini boleh dipakai silang badan atau digunakan sebagai dompet kecil, menjadikannya aksesori serba boleh untuk sebarang majlis.
Sambutan ulang tahun pertama Brïk bukan sahaja akan menampilkan pelancaran produk baharu tetapi juga tetamu istimewa.
Termasuk pempengaruh tempatan dan dari negara seberang, Indonesia terdiri dari Leona, Yaya Zahir, Pinn Yang, Johanis Sani dan Azfarheri. Serta Baim Wong, Paola Serena, Tyna Dwi Jayanti, Hellua Schuldt Hadi, Catherine Sumitri dan Cindy Karmoko. Disamping pelbagai aktiviti yang menarik dan interaktif turut diadakan untuk tetamu yang hadir.
Koleksi Chroma Posh Tote menetapkan nada – simbol keanggunan, daya tahan dan kuasa kreativiti. Mengorak langkah memulakan tahun kedua, Brïk menjangka untuk mengeluarkan lebih banyak rekaan yang elegan dan sofistikated.