Chinese Food Sedap di Petaling Jaya Khas Buat Para Foodies

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chinese Food Sedap di Petaling Jaya Khas Buat Para Foodies|Bila teringat tentang chinese food terus terfikir akan menu makanan cina yang tidak kurang hebatnya dibanding dengan makanan melayu dan india. Mungkin kerana Malaysia ini dari dulu sudah biasa dengan hidup dalam pelbagai etnik menyebabkan menu makanan cina ini dengan mudah boleh diterima ramai. 

Walaupun makanan cina, tapi di Malaysia ini ada banyak juga restoran chinese muslim yang menyajikan makanan halal. Jadi, soal makan tak menjadi masalah. Yang penting tahu di mana nak makan menu makanan cina yang halal supaya tak tersalah pilih kedai.

Sesekali bila tiba Tahun Baru Cina dengan melihat menu (atau juga dikenali sebagai Yusheng), terdetik juga bagaimanalah rasanya. Bagi yang belum tahu, Yee Sang adalah hidangan pembuka selera tradisional yang terdiri daripada pelbagai jenis sayur-sayuran dan ikan mentah.

Hidangan istimewa ini hanya terkenal di Malaysia dan Singapura. Tak ada Yee Sang, cuba makanan cina lain pun okay dan di sini akan dikongsikan lima chinese food sedap di Petaling Jaya yang boleh memuaskan hati para foodies (food lovers). 

#1 – 3A Yong Tau Foo & Cheong Fun

3A Yong Tau Foo & Cheong Fun, nama betul-betul dalam bahasa Cina tapi sebenarnya restoran ini merupakan sebuah tempat makan cina muslim yang boleh dikunjungi oleh semua. Terdapat banyak pilihan menu chinese food di sini dan tempat makannya juga sangat selesa dan santai. 

Selain hidangan utama turut ada menu pencuci mulut buatan sendiri yang juga sangat sedap. Sekali cuba boleh bikin hati ingin mencubanya lagi berulang kali. Makanan dihidangkan dengan cepat dan tempat letak kenderaan juga mudah.

#2 – Uncle Lim’s Cafe

Jika mahu makan dalam suasana “kopitiam”, anda boleh singgah ke Uncle Lim’s Cafe. Di sini tiada makanan bertaraf lima bintang yang mewah tapi itu tak bermakna tempat ini tidak istimewa. Jangan salah sangka kerana hakikatnya di sini, makanannya juga sedap dengan harga yang sangat murah dan berpatutan. Sesuai juga untuk makan dalam suasana santai seperti berada di rumah sendiri. 

Antara menu yang paling mendapat perhatian adalah telur rebus separuh dengan roti bakar dan kopi hitam pekat melekat. Sistem di sini mudah dalam bentuk layan diri. Anda hanya perlu memilih makanan dari menu. Diikuti dengan membayar. Kemudian akan di beri nombor menunggu. Sementara tu terus saja cari meja untuk duduk dan tunggu makanan dihantar ke meja. 

Di sini juga turut ada menu pelbagai jenis mee serta nasi lemak gaya nyonya, disajikan dengan cara tradisional bersama dengan sambal, ikan bilis, kacang tanah, timun, setengah telur rebus, dan rendang ayam. 

#3 – Paya Serai @ PJ Hilton

Nak bercuti sambil makan menu mewah dalam suasana yang grand? Jemput singgah ke Paya Serai di PJ Hilton. Di sini, anda bukan saja boleh bercuti tetapi juga boleh menikmati makanan ala chinese, melayu dan sebagainya yang sedap di masak oleh chef berpengalaman. 

Kakitangannya juga sangat terlatih dan layak mendapat pujian tertinggi. Dari sarapan, makan tengahari hingga ke makan malam. Pelbagai jenis menu ada di sini menunggu masa untuk di santap. Kualiti makanannya sangat segar dan disediakan dengan baik. 

#4 – Latest Recipe

Jika bercadang untuk makan malam bersama keluarga sambil sambut hari jadi, Latest Recipe boleh dipertimbangkan. Walau suanasa di sini selalu ramai orang tapi staf yang bertugas tetap kelihatan sangat prihatin. Makanannya juga ramai yang cakap enak dengan harga yang berpatutan. Bagi yang terasa berminat, alamatnya adalah di No 2 Jalan Stesen Sentral, Petaling Jaya, Kuala Lumpur 

#5 – Amber Chinese Muslim Restaurant

Jika berasa di kawasan KL, nama Amber Chinese Muslim Restaurant memang sudah agak terkenal di sini.  Ia merupakan sebuah tempat makan yang baik untuk menikmati makanan Cina dengan rakan-rakan. Dan restoran ini sememangnya adalah sesuai untuk umat Islam. Suasana yang baik. Bagus untuk berkumpul. Perkhidmatan juga boleh diterima.

Kakitangannya juga ramah dan sangat membantu. Restoran ini bersih dan besar, sangat sesuai dan selesa untuk datang makan beramai-ramai. Antara makanan kegemaran ramai dan sering dipesan di sini adalah itik panggang dan ladu.  

Ada dikalangan kaum Cina yang berpendapat bahawa rasa makanan di sini seakan sama dengan makanan Muslim Shanxi Cina yang cukup asli dan terkenal dengan gabungan rasa yang sedikit agak berminyak dan pedas. 

Itulah dia antara tempat makan untuk menu chinese food yang boleh di cuba. Jika rasa tidak ada masa untuk datang makan ke mana-mana restoran makanan cina tetapi dalam hati sangat teringin untuk mencubanya, apakata buat pesanan atas talian melalui website Foodpanda

Foodpanda tidak hanya ada pelbagai pilihan menu makanan cina untuk dipilih, tetapi ia juga turut menawarkan servis penghantaran makanan sehingga ke lokasi tempat anda berada dengan kadar caj penghantaran yang amat berbaloi. 

Untuk maklumat lanjut layari

Website|



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge