CHASING FIREFLIES DARI BATH & BODY WORKS 2024, BEST!

Untuk anda yang mengikuti Bath & Body Works pastinya anda tahu yang kali ini mengeluarkan koleksi baru Chasing Fireflies.

NEW CHASING FIREFLIES

Bath & Body Works memperkenalkan koleksi wangian terbaharu mereka iaitu ‘Chasing Fireflies’. Suasana riang ria anak-anak kecil mengejar kumpulan kunang-kunang atau lebih dikenali sebagai kelip-kelip.

Ianya berterbangan pada waktu petang menjadi inspirasi kepada penghasilan wangian terbaharu ini.

KUASA SEMBURAN WANGI

Semuanya kerana Bath & Body Works percaya kepada kuasa semburan wangian mampu mencipta kenangan, membangkitkan emosi, dan memperkayakan kehidupan semua.

Dengan kedatangan Aidil Fitri tidak lama lagi, tingkatkan nostalgia sambutan Hari Raya yang penuh istimewa bersama kehangatan daripada ‘Chasing Fireflies’

CAMPURAN UNIK

Wangian ini dihasilkan daripada campuran unik buah-buahan dan bunga-bungaan, ditambah dengan sedikit sihir personaan.

Bauan yang dihasilkan daripada campuran buah pir emas, kuntuman segar bunga melati, dan sinaran cahaya dari kayuan, menambah semangat sambutan perayaan Hari Raya.

Wangian hebat meskipun daripada bahan-bahan berbeza namun bersatu sehingga menjadi aroma harmoni yang dapat menghidupkan esen Chasing Fireflies, hasil usaha Dave Apel dan Carlos Vinals – Peneraju Pewangian.

VISI WANGIAN

Ini adalah kerana visi mereka adalah untuk menghasilkan satu wangian yang sangat kontras. Namun dalam masa sama menyerlahkan – satu ciptaan yang dapat mengatasi bauan kuat yang terhasil daripada kasturi serta kayu.

Manakala esen jus buah pir digunakan untuk membangkitkan lagi pencahayaaan daripada kunang-kunang yang menari di malam hari. Kehalusan kualiti daripada bunga jasmin menampilkan sudut elegan dan tekstur.

Hakikatnya, koleksi ‘Chasing Fireflies’ bukan sekadar wangian, ia adalah jambatan yang menguhubungkan masa lalu dengan perayaan detik-detik waktu kini.

HARGAI KENANGAN RAYA

Direka untuk menghargai kenangan sambutan Hari Raya. Mengingatkan tentang kegembiraan, kehangatan, dan perasaan kasih sayang yang dikongsi bersama keluarga dimana setiap saat perlu diingati dan dihargai.

Oleh itu, Bath & Body Works sangat berbangga dapat menawarkan koleksi terbaru ini dalam rangkaian 18 produk yang direka setiap satu dengan keistimewaan tersendiri. Bermula pada harga RM40 hingga RM320.

Website| Instagram

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge