Cari D’Warees Resipi Untuk Kari Kepala Ikan Lazat Di Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cari D’Warees Resipi Untuk Kari Kepala Ikan Lazat Di Shah Alam| Susah nak cari masakan kari kepala ikan yang sedap bak menjilat jari. Kalau ada pun silap-silap kuah jarang, cair, ikan berbau hanyir dan tak segar. Itu belum kira lagi harga kari ikan boleh mencecah lebih ratusan untuk sepinggan. Kali ini KP nak berkongsi dengan anda semua antara Restoran Kari Kepala Ikan yang lazat. Tak jauh mana pun, berdekatan dengan Kilang Gula CSR di kawasan Shah Alam.

D’Warees Resipi Kari Kepala Ikan

D’Warees Resipi ini adalah perniagaan suami isteri yang bermula pada 2017. Ikut perkongsian dari tuan punya restoran, permulaan perniagaan sebenarnya dengan tumpang berniaga dengan penyewa sebelum ini. Kalau sebelum ini cuma jual makanan seperti kuih muih tradisional ,ikan bakar , ABC dan cendol .

Bermula dari April 2018, alhamdulilah penyewa sebelum ini berpindah tempat dan restoran ini menjadi hak milik sendiri. Disinilah bermulanya perubahan dari segi jualan makanan. Dengan mempertaruhkan resipi kari ikan dari gabungan kedua-dua belah keluarga terhasillah Kari Kepala Ikan yang lazat dan tiada tandingan.

Kalau makan di D’Warees Resipi anda jangan ‘expect’ yang anda makan didalam restoran berhawa dingin tetapi cuma warung sahaja ye. Walaupun warung tepi jalan besar tetapi tidak pernah putus dengan pelanggan yang datang. Dari cerita-cerita pelanggan yang ada seawal jam 1030 pagi ada yang beratur atau sampai untuk menikmati hidangan kari kepala ikan.

Apalah yang special sangat dengan kari ikan di sini sampai begitu sekali kan? Tahu tak dalam 50- 70 ketul kepala ikan yang terdiri daripada pelbagai saiz dan jenis ikan boleh di jual dalam sehari. Nie yang nak kena cuba.

Antara jenis ikan yang dimasak kari seperti ikan merah, jenahak, kerapu, tenggiri, mayong dan banyak lagi. Harga sepinggan hidangan kari kepala ikan bermula dari RM25 sehingga RM 100 . Ye RM 100 sepinggan ye ..

Pernah sekali mencatat rekod di D’Warees Resipi dimana ikan bersize 7 kg dimasak dan pernah harga kari kepala ikan mencecah RM200 sepinggan . Jadi memang ada perbezaan kari di sini dengan kari-kari ikan yang lain difahamkan ikan di borong segar setiap hari sewal jam 4 pagi.

 

Ada yang bercerita kalau kari kepala ikan ini tiada mata, jaranglah orang membelinya. Kesedapannya pada isi semestinya dan mata tu sendiri. Siapa yang suka mesti tahu. Antara hidangan yang ada dan sempat KP rasa. Siap tak pandang kiri kanan ye.

Jadi, jangan lupa singgah tau untuk mencuba sendiri kari kepala ikan ini. Makan dengan nasi panas memang ‘terangkat’ ye. Boleh tambah nasi berpinggan-pinggan ye. Kalau KP, memang KP rekomen untuk menikmati hidangan ini dengan roti . Lagi ‘kick’ dan lagi syok bila makan tau .

Kurma Daging

Kari Kambing

 

Ayam Goreng Berempah

Ulam dan Sambal Belacan

 Ini informasi untuk anda jika nak ke sini ye

Waktu Operasi : 6.30 pagi hingga 4.30 petang

Tutup Operasi : Setiap Ahad

Lokasi : D’Warees Resipi Batu 3 Shah Alam

Untuk membuat sebarang reservation : 017-324 2140  / 017 – 366 3987 

Facebook : www.facebook.com/dwaressresipi



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge