Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Street Churros yang pertama di Malaysia telah di buka di IOI Putrajaya Mall. Memandangkan sambutan yang memberangsangkan , Kafe Street Churros yang terbaru telah dibuka di LG 1 Utama Shopping Mall (New Wing). Ianya berada di Lower Ground bersebelahan dengan Subway


Apa yang menarik tentang Churros
Churros yang dihidangkan disini berbentuk ladam. Ladam ialah seperti dibawah kaki kuda. Kata orang-orang Cina dahulu kala ladam bermaksud ONG. Dari harga RM 4.90 setiap satu, anda boleh memilih dari 3 perisa yang ditawarkan iaitu
- Cinnamon
- Coklat
- Cheese
Tak sedap jika memakan churros tanpa ‘dip sauce’. Dip sauce untuk menambahkan keenakan pada churros dimana ianya dijual ( tambahan RM1.50 setiap satu)
- Chocolate
- Cream Cheese
- Starwberry
- Blueberry
Filling – Chu
Filling chu antara makanan yang juga dijual di Street Churros. Apa yang beza Filling- Chu dan Churros ialah churros yang ini mempunyai filling. Selepas di goreng di masukkan filling yang diminta didalamnya. Bentuknya panjang agar senang dimasukkan filling atau isinya nanti.Jika ingin mencuba pastikan dimakan sewaktu ianya panas-panas. Memang sedap dan lagi best kalau dipkan kedalam dip sauce . Terdapat 3 filling untuk filling-chu iaitu
- Coklat
- Cheese
- Blueberry
Harga setiap Filling-Chu ialah RM 7.90 dan juga disediakan dip sauce iaitu Coklat , Strawberry, Blueberry dan Cream Cheese.
Ah-Chu
Ah-Chu ialah aiskrim yang dimakan bersama churros . Harga Ah-Chu bermula dari RM7.90 untuk perisa plain dan RM 8.90 untuk yang ada perisa seperti ..
- Choco Choco,
- Choco Berry,
- Strawberry

Minuman di Churros
Antara minuman yang ditawarkan di sini untuk peminat buah-buahan bolehlah mencuba Passion Fruit atau Fresh Lemonade. Buat mereka yang minat Latte boleh mencuba Choco Latte, Green Tea Latte atau Milk Tea Latte
Pilihan anak-anak Milk Tea Latte & Passion Fruit untuk di kongsi bersama

- O’ My Mango
- White Choco Real Banana Shake – dah cuba yang ini memang sedap buat mereka yang menggemari white chocolate and of course shake
- I Love Strawberry

Promosi Churros di Street Churros Bulan Oktober
Churros Fest sedang berlaku setiap hari Ahad di Street Churros di IOI City Mall (Lower Ground, LG-66A) atau 1Utama outlet (Lower Ground, LG319A). A[a yang menarik ialah pada setiap hari Ahad di dalam bulan Oktober anda boleh membelinya dengan RM 2 sahaja satu. Sudahlah harga runtuh kemudian dihidangkan panas panas bersama pilihan dip sauce. Rugi kalau tak mencuba tau… !!!!! Tengok kids pun gemarkan Churros siap dah pesan next week datang ke sini nakkan promosi RM 2 tu/
Terima kasih atas jemputan pada Street Churros , moga suksess dan bertambah lagi cawangan ke seluruh Malaysia. Tidak lupa juga terima kasih kepada Bro Framestone atas jemputan. Sebelum mengundur diri, jangan lupa layari untuk mengetahui promosi dan cawangan terbaru Street Churros ye…
#kitepunye #kitepunyedotcom #wwwdotkitepunyedotcom #JomChurros #StreetChurros #StreetChurrosmy










warghhhhhh! sedapnyaaa.. mesti teksturnya pon lembut je kan..
Okey jom terjah jom…