BZU BZU LITTLE LADY, APA YANG BEST?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tahukah anda dimana sekarang ini banyak penjagaan kulit di luar sana. Ada tak yang untuk kanak-kanak terutama kanak-kanak perempuan?

BZU BZU LITTLE LADY,

Jenama penjagaan keluarga terkemuka di Malaysia, melancarkan rangkaian penjagaan kulit Little Lady dengan kerjasama Watsons Malaysia.

RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT

Ianya formulasi yang dirumus khas untuk menghasilkan kulit mulus dan berseri. Antara produknya ialah Mousse Pembersih Wajah, Krim Wajah dan Losyen Badan.

KHAS UNTUK KANAK-KANAK PEREMPUAN

Jika anda mempunyai anak perempuan berumur 4 tahun ke atas, ini berita baik untuk anda.

Diformulasi selamat yang dilengkapi dengan bahan-bahan semula jadi dan diuji pakar dermatologi, terbukti lembut untuk kulit.

DIDIK TABIAT PENJAGAAN KULIT

Ingin membantu memperkasa setiap gadis kecil untik mengambil langkah seterusnya membesar dengan seri bersama Bzu Bzu Little Lady.

Selain itu juga menawarkan penyelesaian kepada semua keperluan penjagaan kulit dan berhasrat untuk mendidik tabiat penjagaan kulit yang sihat daripada usia muda.

KEJAYAAN BESAR BUAT KAMI

Rangkaian produk penjagaan kulit BZU BZU Little Lady merupakan satu kejayaan besar yang telah kami capai kerana rangkaian ini memenuhi keperluan golongan usia yang sangat unik.

Pihak kami seringkali melihat produk penjagaan kulit kanak-kanak bagi golongan kanak-kanak yang lebih berusia.

Jadi kami ingin menawarkan penyelesaian penjagaan kulit yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang lebih muda.

BAHAN-BAHAN TERPILIH

Dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi terpilih yang terbaik dan berkesan, tujuan rangkaian Little Lady adalah untuk memelihara kulit kanak-kanak dengan baik.

KAWALAN KUALITI

Proses kawalan kualiti yang terperinci memastikan bahawa produk akhir mencapai piawaian yang ditetapkan.

Ibu bapa memperoleh produk terbaik yang mengandungi bahan-bahan semula jadi serta lembut dan selamat digunakan untuk anak-anak mereka.

TERIMA KASIH KEPADA WATSONS

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Watsons Malaysia atas kerjasama yang lancar bagi majlis pelancaran produk terbaru kami.

Kerjasama ini dapat merealisasikan visi kami untuk menjadi kenyataan.

Dengan rangkaian penjagaan kulit BZU BZU Little Lady yang tersedia di Watsons Malaysia bersama promosi menarik yang ditawarkan.

Percaya bahawa produk kami dapat menjangkaui lebih ramai pengguna pada masa hadapan.”

-Ketua Pegawai Eksekutif BZU BZU, ​​En. Raphael Jiang.

BINA KERJASAMA EKSKLUSIF

“Memandangkan Watsons sedang memperluas pilihan produknya untuk memenuhi keperluan semua, ini memberikan peluang terbaik untuk Watsons dan BZU BZU.

Membina kerjasama eksklusif dengan pelbagai rangkaian produk yang ditawarkan kepada para pelanggan kami.

Watsons menyasarkan untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia daripada semua peringkat umur dengan menyediakan pilihan produk yang lebih banyak.

Juga memenuhi keperluan setiap golongan usia dengan rangkaian penjagaan kulit Little Lady BZU BZU”.

-Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia 

PERTANDINGAN FESYEN KANAK-KANAK

Sewaktu majlis pelancaran, BZU BZU menganjurkan pertandingan pertunjukan fesyen untuk kanak-kanak kecil menonjolkan bakat mereka.

TEMA PAKAIAN KOSTUM IKAN DUYUNG

Pertunjukan fesyen mempamerkan peserta-peserta berpakaian kostum ikan duyung, berjalan dengan anggun di pentas peragaan untuk memenangi pertandingan itu.

5 peserta terbaik adalah Teh Yih Han, Aurelia, Somi, Nik Ufaira Maureen, dan Olivia.

Setiap pemenang tersebut berjaya membawa pulang sebuah trofi dan hamper Little Lady.

Para peserta lain juga diberi pingat dan hamper Little Lady sebagai cenderahati atas usaha dan penyertaan mereka.

PRODUK BZU BZU LITTLE LADY

FACIAL CLEANSING MOUSSE (100 ml) -RM 39.90

Dirumus dengan Prebiotik, Mousse Pembersih Wajah ini ialah ejen pembersih semula jadi 100% yang menggalakkan kulit yang lebih sihat dan memulihkan penghalang semula jadi kulit.

KAYA DENGAN VITAMIN B

Mousse ini diperkaya dengan Vitamin B Kompleks yang berasal daripada Dedak Beras Jepun untuk membantu meredakan kulit.

Mengandungi Gula Kompleks tambahan yang menjadikan kulit lebih lembut, licin serta dilindungi daripada ternyah hidrat.

HILANG KOTORAN DAN CEGAH JERAWAT

Secara keseluruhannya, buih pembersih wajah ini lembut dan berfungsi untuk menghilangkan kotoran dan sebum dengan berkesan untuk mencegah jerawat.

FACIAL CREAM (50 ml) -RM 49.90

PELEMBAB SEMULA JADI

Krim wajah ini dirumus dengan 95% bahan semulajadi dan berasaskan tumbuhan serta tidak berminyak.

Ia mengandungi pelembab semula jadi dan tidak mengandungi bahan kimia kasar seperti Talc, Paraben, Silikon, Asbestos dan Formaldehid.

MEMBANTU MELINDUNGI KULIT

Padat dengan Prebiotik dan Gula Kompleks bersama bahan-bahan lain yang memperkaya, formula ini membantu untuk menghidrat, melindungi dan memulihkan kulit.

BODY LOTION (120 ml) – RM 29.90

KEGUNAAN HARIAN

Losyen badan ini sesuai untuk kegunaan harian dan dilengkapi dengan Prebiotik, Vitamin B, Mentega Shea dan hidrolisis protein susu.

Ia terhasil daripada formula ringan yang tidak berminyak dan mempunyai sensasi sejuk untuk melegakan ketidakselesaan kulit.

TINGKATKAN TEKSTUR KULIT

Dengan memberi penekanan untuk menghasilkan produk terbaik melalui beberapa peringkat penyelidikan dan pembangunan.

Dan dirumus untuk menguatkan mikrobiom kulit dan meningkatkan kesihatan serta tekstur kulit.

TONA KULIT SEKATA?

Menggalakkan tona kulit sekata, kaya dengan Vitamin A dan E yang melembabkan, melembutkan, dan melindungi kulit, serta meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan keradangan.

HARGA

Nikmati tawaran eksklusif hanya di Cawangan Watsons Malaysia terpilih

  • Semanjung Malaysia – nikmati diskaun dari 3 Ogos hingga 4 September 23
  • Malaysia Timur dari 10 Ogos hingga 11 September 23

Website|

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge