BUNKFACE LANCAR – KITA PUNYA MALAYSIA VERSI AKUSTIK BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tinggal lagi 1 hari untuk kite sambut Merdeka. Tahun ini sama seperti tahun lepas suram kerana masih lagi dalam pandemik Covid-19
BUNKFACE
Sempena bulan kemerdekaan Malaysia2021 , kumpulan rock tempatan, Bunkface telah melancarkan single terbaru mereka yang diberi judul “Kita Punya Malaysia versi Akustik”. Lagu asal “Kita Punya Malaysia” pernah menjadi lagu tema hari kebangsaan Malaysia pada tahun 2018 & 2019.
LIRIK LEBIH SANTAI
Mengambil kira suasana kemerdekaan tahun ini dimana negara masih lagi “berperang” dengan virus Covid-19, Bunkface membuat satu perubahan. Mengambil langkah untuk mengubah sedikit aura lagu tersebut dengan gubahan yang lebih santai. Lirik lagu ini yang juga ditulis oleh vokalis kumpulan Bunkface, Sam.
“Kami berharap karya ini dapat sedikit sebanyak meniupkan semangat patriotism dikalangan peminat dan pendengar muzik kami. Walaupun dalam keadaan negara yang mencabar hari ini. Kita harus terus bersemangat untuk membina masa depan yang lebih cerah demi generasi akan datang.”
-kata mereka.
VIDEO MUZIK BUNKFACE – KITA PUNYA MALAYSIA
KEMPEN #KITAPUNYA
DEMI menghidupkan semula semangat cintakan negara yang semakin pudar di kalangan generasi baharu, kempen terbaru dianjurkan.Media Prima Berhad telah melancarkan kempen #KitaPunya, sebuah kempen bagi menyambut bulan kelahiran Malaysia.
Kempen ini digahkan dengan penampilan Bunkface sebagai ‘suara’ kempen #KitaPunya di mana lagu ciptaan mereka yang berjudul ‘Kita Punya Malaysia’ diangkat sebagai lagu tema kempen ini.
Merupakan kempen integrasi pertama yang melibatkan kesemua platform Media Prima Berhad, seperti mana rakyat Malaysia yang sentiasa menggembleng tenaga dalam menjayakan sesuatu perubahan demi kesejagatan negara.
Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Sam Bunkface ini turut dirasmikan oleh Gobind Singh Deo, Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk digunakan sebagai lagu rasmi kempen Hari Kebangsaan ‘Sayangi Malaysiaku’.
Untuk pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan pihak pengurusan artist (En. Farriz) di